in

Sinopsis, Watak & Poster Filem MAUT

Tajuk : MAUT ( Sebelum ini dikenali sebagai MALAIKAT MAUT)
Genre : Suspense Drama
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2009
Pegarah : Bade Hj. Azmi
Penerbit : Tayangan Unggul Sdn Bhd

Pelakon:   
Cerita Satu
Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan

Cerita  Dua
Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush

Cerita Tiga
Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Riduan Hashim, Rabecca Ahmad

3162815876 C5E9E2E9Bc O | 4

3162812980 Cfab74F481 O | 5

3162812862 43097Eb992 O | 6

3161978583 E65Da413B6 O | 7

3162812492 970Fbccd9C O | 8

Malaikat maut menjemput pulang

Sinopsis Filem MAUT

Cerita 1:

Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk.  Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut,  hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.  

Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?

Cerita 2:
Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka.  Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain.  Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke.  Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan? 

Cerita 3:
JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya.  Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan.  Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya? 

Nantikan tayangan filem Maut mulai 15 Januari 2008…

 

Nantikan tayangan filem Maut mulai 15 Januari 2008

3162794024 Fec97562Fc O | 9

Poster Filem MAUT

Watak Dalam Filem MAUT

Liyana Jasmay : Lina
Sabrina Hassan : Farah
Que Haidar : JJ
Siti Shahrizah (Eja) : Jasmin
Hasnul Rahmat : Ahmad
Hamidah Wahab : Ibu JJ
Awal Ashaari : Fendi
Nana Era: Sabrina
Syarizad Ibrahim (Sherry) : Anne
Diana Daniella : Umi
Mohamad Bathich : Duke
Mohamad Bathich : Baby
Noreminadiya (Emy Nadia) Fadilah
Reza Era : Azam
Danny X-Factor : Ikram
Noniswara : Ibu Farah
Zack Taipan : Ayah Fadilah
Hafidzuddin Fazil : Ayah Farah
Fouziah Gous : Hana
Ridzuan Hashim : Ayah JJ
Fauziah Nawi : Nenek JJ
Rabecca Ahmad : Salina
Khairul Fahmizwan : JJ kecil

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy

Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998