in

Sinopsis, Trailer, Movie Still, Poster, Info Filem Khurafat

10 FAKTA MENARIK “KHURAFAT”

  1. “Khurafat” merupakan filem ke 4 Syamsul Yusof selepas Evolusi KL Drift, Bohsia Evolusi KL Drift 2.
  2. Amaran keras bagi sesiapa yang ada penyakit jantung menonton filem ini.
  3. Kali pertama Liyana Jasmay memegang watak sebagai isteri dan memakai tudung. Sweet jek~
  4. Filem seram pertama sentuhan Syamsul Yusof, seorang pengarah muda yang berkaliber. Beliau telah menghasilkan 4 buah filem. Setiap filem yang dihasilkan pasti ada kelainan dan mesej yang disampaikan.
  5. Menerusi filem “Khurafat , Syamsul bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai sutradara malah berperanan sebagai watak utama yang menjadi tunjang perjalanan cerita.
  6. Watak yang dibawa kali ini amat berbeza berbanding watak-wataknya dalam filem Evolusi KL Drift , Bohsia dan Evolusi KL Drift 2 , kerana memerlukan emosi yang menggerunkan sesuai dengan jalan cerita yang menyeramkan .
  7. Ini adalah cubaan pertama Syamsul dalam menghasilkan filem bergenre seram . Walaupun judul “Khurafat” menggambarkan citarasa seram dan kepercayaan tahyul namun disebalik segala insiden seram yang di paparkan , pengarah terapkan unsur keagamaan yang wajar dipersembahkan bagi menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
  8. Liyana Jasmay buat pertama kalinya diberi kepercayaan untuk muncul menerusi “Khurafat”. Memegang watak utama yang cukup mencabar , ianya tidak banyak beza jika dibandingkan dengan watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini dan buat pertama kalinya beliau bekerja dengan Skop Productions Sdn. Bhd.
  9. Seorang lagi pelakon yang sedang meniti nama dalam bidang seni perfileman, Sabrina Ali turut digandingkan bersama Syamsul. Beliau perlu menggalas tanggungjawab dalam memegang watak yang agak berat dan mencabar.
  10. “Khurafat” merupakan filem ke 26 terbitan Skop Productions dan merupakan filem ke 10 usahasama dengan Grand Brilliance.

SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE SDN. BHD. Mempersembahkan…

poster-khurafat

Hasil karya
➢ Skrip / Karya & Arahan Syamsul Yusof

Kos pembikinan & Promosi
➢ 1.7 juta

Lokasi penggambaran
➢ Sekitar Kuala Lumpur
➢ Hulu Langat
➢ Bukit Tinggi

Tarikh penggambaran
➢ Mula 14 Januari 2010

Melibatkan penggambaran di lokasi
➢ 25 hari

Sistem bunyi
➢ Dolby Digital Surround

Terbitan bersama
➢ Skop Productions Sdn . Bhd . & Grand Brilliance Sdn . Bhd .

Penerbitan
➢ Datuk Yusof Haslam

Khurafat Movie Still

BINTANG & WATAK “KHURAFAT”

SYAMSUL YUSOF Johan

LIYANA JASMAY Aisyah

SABRINA ALI Anna

SALINA SAIBI Zura

ZENDY Rosman

FAUZIAH NAWI Mak Johan

NUR HUDA Ila

MARIANI Nenek

LATIF BORGIBA Bomoh

Pengarah :
SYAMSUL YUSOF

Cerita / Skrip :
SYAMSUL YUSOF & RIZAL ASRAFF

Penasihat Produksi :
DY HASLAM

Trailer Filem :

SINOPSIS “KHURAFAT- Perjanjian Syaitan”

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Jangan lupa tonton filem Khurafat yang akan menghantui pawagam mulai 13 January 2011.

Khurafat Movie Still

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)

Babak-babak Menarik dalam Filem Khurafat:

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

Khurafat Movie Still

3 Comments

Leave a Reply
  1. salam budiey….
    cerita nie memang best giler lah…semalam baru tengok…
    huhuhu…memang suspen…menakutkan…..tekejut2 saya dibuatnya….
    huhuhu….

    anyway..thanks sebab post pasal filem nie…ahahaha….

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Balung Plantation

Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus