in ,

Sinopsis & Trailer Filem Seram PUAKA BALAI GOMBAK

Showbiz Productions Sdn Bhd telah mendokumentarikan pengalaman penyiasat paranormal Puaka X menerusi filem “Puaka Balai Gombak”. Setelah menempa kejayaan melalui filem romantik komedi “Mat Tudung” pada tahun 2014, Showbiz mengambil langkah menerbitkan filem seram yang berkonsep dokumentari.

Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani merupakan sebuah kumpulan penyiasat paranormal yang berkelakuan langsi dan sering melanggar pantang larang, tidak seperti kumpulan penyiasat paranormal yang lain. Sertai debaran penyiasatan Puaka X melalui filem “Puaka Balai Gombak” yang akan berada di pawagam pada 29 Januari 2015.

Filem Puaka Balai Gombak

Ramai mempercayai bahawa sesebuah tempat atau lokasi itu dikatakan berpuaka setelah berlaku sesuatu tragedi yang melibatkan kematian atau kawasan yang telah lama ditinggalkan. Alam mistik sering menjadi sebuah topik yang subjektif dan menjadi perbalahan dikalangan masyarakat kerana masing-masing mempunyai perspektif yang berbeza-beza terutama sekali di kalangan ahli-ahli kumpulan paranormal di Malaysia mahupun di luar negara. Antara tempat-tempat yang sering menerima kunjungan kumpulan-kumpulan paranormal tempatan adalah seperti Balai Gombak, Highland Towers, Villa Nabila, Apartment Riviera II, Taman Rekreasi Mimaland di Gombak dan banyak lagi.

Puaka X merupakan sebuah kumpulan paranormal tempatan yang menggunakan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan paranormal yang lain. Kumpulan Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani sering menimbulkan kontroversi dengan menerjah ke lokasi-lokasi yang terang-terangan dikatakan ‘keras’ oleh para ahli paranormal dan melakukan apa sahaja yang melanggar pantang larang untuk mengutuk kenyataan mereka di blog rasmi Puaka X.

“Kasi redah!” merupakan tagline utama kumpulan Puaka X yang sering menyahut cabaran oleh kumpulan-kumpulan paranormal lain untuk menyiasat lokasi-lokasi yang paling ‘keras’ di Malaysia seperti di sebuah rumah banglo tinggal di Taman Tenaga Puchong, Apartment Riviera II, sebuah banglo di Kuala Kubu Bharu, taman perumahan di Shah Alam, kolej lama di Bangi dan banyak lagi.

Semakin hari Puaka X semakin galak mencabar sesiapa sahaja di luar sana untuk membuktikan keberanian mereka kerana bagi Amar, Rizal dan Dani, mereka tidak akan percaya kewujudan ‘hantu’ selagi ia tidak muncul di depan mata.

Sehinggalah mereka sendiri menerima cabaran oleh seseorang yang tidak diketahui melalui email untuk ke lokasi yang benar-benar ‘keras’, iaitu Balai Gombak. Ibarat buku bertemu ruas, Puaka X tidak sedar apa yang sedang menanti kehadiran mereka. Pahit getir sepanjang penyiasatan mereka bertiga dirakamkan menerusi filem “Puaka Balai Gombak”.

Adakah Amar, Rizal dan Dani berjaya merakamkan sebarang aktiviti paranormal di Balai Gombak? Adakah mereka akan mula percaya akan kewujudan makhluk halus? Sertai penyiasatan Puaka X menerusi filem “Puaka Balai Gombak” yang akan berada di pawagam berhampiran anda pada 29 Januari 2015.

Saksikan treler filem ini di Youtube melalui pautan berikut:
http://youtu.be/0cen35yO0Uo

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Filem Puaka Balai Gombak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu MEWANGI Akim & The Majistret di Carta Lagu Top iTunes

Peraduan Jemputan Party Bersama Paris Hilton, 2AM di Empire City