in ,

Sinopsis & Trailer Filem CINTA DI KOTA RAJA

East Cinema mempersembahkan sebuah filem arahan Bambang Drias berjudul Cinta Di Kota Raja. Filem bergenre drama dan romantik ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula 15 Januari 2015. Tajuk asal berjudul Erau Kota Raja telah ditukar ke Cinta Di Kota Raja bagi tayangan di negara Malaysia dan Brunei.

Seorang wartawan bernama KIRANA (Nadine Chandrawinata) ditugaskan membuat liputan Festival Antarabangsa ERAU di Kutai Kartanegara. Semasa membuat liputan di situ KIRANA berkenalan dengan seorang pemuda tempatan bernama REZA (Denny Sumargo ) dan secara tidak langsung KIRANA jatuh hati kepada REZA. Percintaan mereka mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk ibu Reza (Jajang C. Noer). Kehadiran Doni (Donnie ‘ADA BAND’) di situ menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Pergolakan cinta tiga segi dan fitnah yang melanda menimbulkan keresahan masyarakat setempat.

Poster Cinta Di Kota Raja

Details filem Cinta Di Kota Raja

Klasifikasi : P13
Genre : Drama / Romantik
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2015
Durasi : 1 jam 35 minit
Syarikat Penerbit : East Cinema
Syarikat Pengedar: Alternate Pictures
Pelakon : Nadine Chandrawinata, Denny Sumargo, Donnie ‘ADA BAND’, Jajang C. Noer,
Ray Sahetapy, Herrichan
Pengarah : Bambang Drias
Format : 2D
Sari kata : Bahasa Malaysia

Img_8767

_Mg_8589

Pengarah -Bambang Drias

Img_1374

Reza

Nadine Chandrawinata Sbg Kirana

Denny Sumargo Sbg Reza

Kirana &Amp; Reza 2

Kirana &Amp; Reza

2

3

Filem Cinta Di Kota Raja

6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azmil Bangkit Semula Demi Dayang Nurfaizah

Cristiano Ronaldo Kacak Bergaya Dalam Sut SACOOR BROTHERS