in ,

Sinopsis Telemovie KASUT UNTUK AYAH

Telemovie bertajuk KASUT UNTUK AYAH yang menemui penonton pada 8 Disember ini, pukul 9.00 malamdi TV1. Ia turut dibintangi Tasha Shila, Afiq Muiz dan Fikhree Bakar.

Pak Karim mempunyai tabiat yang pelik iaitu tidak pernah berkasut dan dia selesa keluar masuk hutan tanpa berkasut. Tapak kakinya sudah kematu dan ini menimbulkan kerisauan pada Sakinah, anaknya. Dilakonkan wataknya oleh pelakon berpengalaman, Namron sebagai Pak Karim, rupa-rupanya ada kisah yang tersembunyi di sebalik sikap peliknya itu.

Namron dan Tasha Shila dalam kasut Untuk Ayah

Kisah ini melatari telemovie bertajuk “Kasut Untuk Ayah”yang menemui penonton pada 8 Disember ini, pukul 9.00 malamdi TV1. Ia turut dibintangi Tasha Shila, Afiq Muiz dan Fikhree Bakar. 

Ikuti kisah Pak Karim seorang penjual herba di Pekan Hari. Selama berpuluh tahun, dia mencari sendiri tumbuh-tumbuhan dan herba di dalam hutan di belakang rumahnya, khususnya, daun keladi tikus. Pak Karim amat berminat dengan tumbuhan ini kerana ia sejenis tumbuhan yang mujarab bagi mengubati beberapa penyakit kronik, terutamanya, kanser. 

Telemovie KASUT UNTUK AYAH Lakonan Namron dan Tasha Shila Di TV1

Kajian daripada makmal universiti juga telah membuktikan keupayaan herba keladi tikus ini sekaligus mengakui keberkesanannya sebagai penyembuh kanser alternatif yang amat berkesan. Namanya mula dikenali di kampungnya dan produk herbanya mendapat sambutan ramai. 

– Pengarah

Pak Karim mempunyai seorang anak perempuan, Sakinah pelajar tahun akhir jurusan Sains Bioperubatan daripada sebuah universiti. Sakinah bercita-cita menjadi seorang saintis dan dia sedang berkawan rapat dengan teman sekuliahnya iaitu Shafik dan merancang untuk berkahwin.

Pak Karim mempunyai tabiat yang pelik iaitu tidak pernah berkasut dan dia selesa keluar masuk hutan tanpa berkasut. Tapak kakinya sudah kematu dan ini menimbulkan kerisauan pada Sakinah.

Namron lakonkan watak utama sebagai ayah

Menjelang Sakinah untuk berkahwin, dia mahu ayahnya berkasut agar dilihat normal. Sakinah berusaha untuk memujuk dan belikan kasut untuk Pak Karim tetapi seringkali ditolak. Kali ini Sakinah berusaha untuk memujuk Pak Karim memakai kasut ke rumah Shafik kerana mereka  dijemput oleh keluarga Shafik untuk berkenalan. Pak Karim enggan pada mulanya tapi memikirkan masa depan anak perempuannya, akhirnya Pak Karim beralah. 

Akhirnya Sakinah dapat jawapan yang ayahnya tidak berkasut sejak ibunya meninggal ketika membeli kasut untuk dihadiahkan pada hari jadi bapanya. Ketika berkunjung ke rumah keluarga Shafik, barulah Sakinah tahu kematian ibunya dahulu akibat kemalangan langgar lari disebabkan Shafik. Pak Karim telah bertindak mahu memutuskan perhubungan Sakinah dengan Shafik.

Shafik berusaha untuk meminta maaf pada Pak Karim dan Sakinah. Shafik benar-benar rasa bersalah tetapi Pak Karim tidak bersedia untuk memaafkan Shafik. 

Di masa yang sama ayah Shafik meminta Pak Karim menyediakan ekstrak daun Keladi Tikus yang dikatakan mampu mengurangkan penyakit kanser ibu Shafik. Pak Karim sanggup sediakan ekstrak keladi tikus untuk ibu Shafik tetapi masih tidak bersedia untuk memaafkan dan menerima Shafik sebagai menantunya. 

babak dalam Kasut Untuk Ayah

Ketika Pak Karim cedera di hutan, Shafik telah bersusah payah menyelamatkan Pak Karim. Pak Karim tersentuh hati dengan kesungguhan Shafik seorang diri menyelamatkannya. Baru sekarang Pak Karim sedar bahawa selama ini dia terlalu mengikut emosinya. Pak Karim sedar yang dia perlu redha dan menerima hakikat tentang tragedi yang menimpa arwah isterinya. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shannon Purser

Genting Cruise Lines Celebrates Silver Anniversary in Singapore

pekin

Betul Ke Pekin Ibrahim dan Mona Allen Bernikah?