in ,

Sinopsis Telemovie Insyirah Lakonan Elmy Moin

Masih lagi dalam ‘mood’ sambutan Hari Ibu yang disambut 10 Mei lalu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu dalam sebuah telemovie khas bertajuk “Insyirah” mengisi slot popular Panggung Ahad di TV1 pada 25 Mei depan, pukul 10.05 pagi.

Menampilkan pelakon drama berpengalaman Sherry Merlis yang menjayakan watak Saleha, ibu kepada Insyirah yang banyak berkorban demi masa depan anaknya itu setelah kematian suaminya. Saleha memiliki impian untuk melihat kejayaan Insyirah lakonan Fatin Nur Afifah, namun hasratnya tidak kesampaian bila anak gadisnya itu gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Menariknya kelainan cuba ditonjolkan dalam drama ini yang memaparkan latar kisah berlaku di Kota Kinabalu, Sabah di samping memperkenalkan adat dan budaya masyarakat di sana. selain Penonton berpeluang mengetahui resipi istimewa hidangan masyarakat Sabah dalam babak Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Negeri Sabah.

Kisahnya bermula dengan babak Insyirah yang gagal SPM berhijrah ke Kota Kinabalu menjadi pembantu rumah demi menyempurnakan cita-cita dan hasrat ibunya. Ibunya, Saleha sedih dengan keputusan SPM Insyirah. Insyirah bertekad untuk mengambil SPM semula. Malahan dia ingin menyempurnakan cita-cita ibunya untuk menunaikan Umrah. Selepas kematian ayahnya, ibunya menyara mereka sekeluarga dengan menuai padi di tanah peninggalan ayahnya. Di samping itu, ibunya mengambil upah menjahit pada sebelah malam. Insyirah juga sering membantu ibunya menjahit manik.

Sementara itu Puan Jamilah mengambil keputusan untuk kembali di kampung asalnya, Kota Kinabalu kerana ingin anak-anaknya Aqif dan Aqila mengenal adat dan budaya orang Sabah walaupun keputusannya ditentang oleh Aqif. Puan Jamilah akan membuka butik di Kota Kinabalu.

Konflik cerita ini bermula apabila suatu hari datang dua orang pemuda berjumpa Saleha dan Insyirah mendakwa ayahnya berhutang dengan mereka. Mereka memaksa Saleha membayar hutang suaminya walaupun suaminya sudah meninggal dunia. Mereka mengugut akan bertindak lebih keras jika Saleha tidak membayar hutang. Sejak itu Insyirah sering melihat ibunya sering termenung. Saleha mengambil keputusan untuk menjual tanah sawah.

Sejak itu Saleha meletakkan nasi lemak dan kuih muihnya di Warong Pak Hassan. Zakiah tidak menyenangi Saleha kerana baginya Saleha telah menyebabkan kuihnya tidak laku dijual dan orang kurang menempah baju kepadanya. Pak Hassan pula sudah memberitahu Zakiah supaya tidak meletakkan kuih muihnya di warongnya lagi kerana tidak mendapat sambutan. Mei Ling pula membela Saleha orang kampung suka jahitan Saleha kerana kemasan dan murah.

Insyirah menyuarakan pendapatnya untuk mencari pekerjaan. Walaupun pada mulanya Saleha tidak mempersetujuinya tetapi apabila Insyirah berjanji dia akan mengambil SPM semula walaupun dia sudah bekerja. Kebetulan jiran mereka Mei Ling memberitahu bahawa rakannya dari Kuala Lumpur yang berpindah di Kota Kinabalu memerlukan seorang pembantu rumah.Insyirah bersetuju dan Mei Ling membawa Insyirah berjumpa dengan Puan Jamilah. Mei Ling sudah menceritakan terlebih dahulu latar belakang Insyirah.

Konflik cerita ini berkembang apabila Insyirah memulakan kerjanya sebagai pembantu rumah. Kehadiran Insyirah sebagai pembantu rumah diterima baik oleh Puan Jamilah dan Aqila tetapi tidak bagi Aqif.Insyirah terpaksa berdepan dengan sikap ego dan panas baran Aqif. Insyirah sering dimarahi dan dipersendakan oleh Aqif. Kadangkala Aqif sengaja mencari kesalahan Insyirah. Setiap malam sebelum tidur Insyirah akan mengulangkaji pelajarannya dari buku-buku lamanya. Tanpa disedari oleh Insyirah Puan Jamilah sering memerhati Insyirah, dia kagum dengan semangat Insyirah yang ingin belajar semula. Dina (19) sepupu dan kekasih kepada Aqif sering datang ke rumah Puan Jamilah. Dina seorang yang mengada-ngada dan manja. Dina juga seperti Aqif sering mempersendakan Insyirah. Pada suatu hari, Dina sengaja menumpahkan air di lantai semata-mata ingin melihat Insyirah dimarahi oleh Aqif.

Pada suatu hari, semasa mengemas surat khabar di meja Insyirah terpandang iklan Pertandingan Memasak Makanan Tradisional Negeri Sabah. Insyirah mengambil keratan akhbar itu dan menyimpannya. Insyirah berhajat untuk memasuki pertandingan itu kerana hadiah yang ditawarkan sebanyak RM10 ribu. Puan Jamilah masuk bilik Insyirah dan ternampak keratan akhbar tersebut. Lalu apakah yang terjadi kemudiannya? Berjayakah Insyirah memenuhi keinginan ibunya?

Selain Sherry Merlis dan Fatin Nur Afifah drama penuh penghayatan ikatan kasih antara ibu dan anak ini turut menampilkan pelakon Elmy Moin, Sherry Merlis, Marissa Yasmin, Zaidi Omar dan Kay Maria.

Print

watak ibu lakonan Sherry Merlis

Sherry Merlis

Marissa Yasmin

babak sedih Fatin Nur Afifah

babak ibu dan anak

antara babak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Siar Once Upon A Time In Wonderland

Media Prima Pecah Tradisi Pengiklanan