in ,

Telefilem TAKRAW KAMPUNG Lakonan Syafiq Kyle, Issey & Ammar

Satu gandingan yang baharu apabila Syafiq Kyle, Issey & Ammar daripada kumpulan Titan bersepakat untuk mengharumkan nama baik kampung mereka.

Mereka sanggup berkorban masa, berlatih menjadi pemain takraw hebat demi kampung mereka. Apakah yang sebenarnya sudah berlaku? Saksikan “Takraw Kampung” menerusi slot Skrin Di 9 pada 14 Mac 2016 untuk mengetahui jawapannya.

Misi Utama Syafiq Kyle, Issey & Ammar Mengharumkan Nama Baik Kampung

“Takraw Kampung” terbitan ZK Creative Production Sdn Bhd yang diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan nukilan skrip oleh MF Kencana membariskan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Syafiq Kyle, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Kazar Saisi, Mak Jah, Shakila Khoriri dan Nasir Bilal Khan.

Telefilem ini mengisahkan Lan (Syafiq Kyle), seorang pemuda kampung berusaha untuk menjadi pemain takraw hebat demi mengharumkan nama baik kampungnya, Kampung Pecah Tembelang yang telah tercemar setelah kalah ketika perlawanan persahabatan dengan Kampung Mulut Tempayan.

Lan mula berguru dengan Sifu Rahman, iaitu bekas pemain takraw negara. Mereka sepasukan mula dilatih seperti komando. Apabila tiba hari perlawanan, mereka terpaksa berentap dengan salah seorang ahli kumpulan lawan yang handal dari Thailand dibawa khas oleh pasukan Kampung Mulut Tempayan. Bagaimanakah pasukan Kampung Pecah Tembelang meneruskan permainan itu? Berjayakah misi mereka?

TAKRAW KAMPUNG (7)

Jangan ketinggalan untuk terus menonton Takraw Kampung menerusi Skrin Di 9, pada 14 Mac 2016 (Isnin), pukul 8.30 malam di TV9.

Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram @TV9Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Saksikan “TAKRAW KAMPUNG” 14 Mac Menerusi Skrin Di 9!

TAKRAW KAMPUNG (8)

TAKRAW KAMPUNG (6)

TAKRAW KAMPUNG (5)

TAKRAW KAMPUNG (4)

TAKRAW KAMPUNG (3)

TAKRAW KAMPUNG (2)

TAKRAW KAMPUNG (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan KUNGFU PANDA 3 dari Pembaca Yang Hadir di Premiere With Budiey

Cara Mudah Untuk Dapatkan Tiket KONSERT DATO’ SITI NURHALIZA & FRIENDS