in ,

Cara Mudah Untuk Dapatkan Tiket KONSERT DATO’ SITI NURHALIZA & FRIENDS

Entri ini Budiey dedikasikan kepada semua Budieyators dan juga Sitizoners… juga buat penyanyi idola Dato’ Siti Nurhaliza…

Budiey nak berterus terang je la kat korang, sebenarnya dah lama betul Budiey rindu nak tengok persembahan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza di sebuah stadium yang besar di sebuah konsert yang bertaraf mega. Rasanya dah agak lama kan tak tengok.

Rata-rata konsert di lokasi tertutup yang agak terhad. Budiey rasa ramai Sitizoners yang bersetuju dengan Budiey. Haa, korang rindu macam Budiey ke tak?

Hari ini, tanggal 11 Januari adalah hari jadi kelahiran kepada penyanyi nombor satu Malaysia yang disayangi ramai, Dato’ Siti Nurhaliza. Jadi, Budiey nak ucapkan Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36 buat yg dikasihi @ctdk. Happy birthday to

Kepada anda yang belum tahu apa bestnya bergelar Sitizoners… sebenarnya, tak rugi jadi Sitizoners, nah… Budiey senaraikan apa yang korang takkan ketinggalan:

1. Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza sentiasa ada kelainan.
2. Dapat mengikuti acara bersama peminat Dato’ Siti yang lain
3. Dapat berkenalan dan bertukar pendapat sesama Sitizoners yang lain
4. Mendapat berita tentang Dato’ Siti Nurhaliza dengan cepat dan tepat
5. Memang fun & seronoklah jadi peminat Dato’ Siti Nurhaliza.

[dropcap]K[/dropcap]alau ada konsert Dato’ Siti, sudah tentu tiketnya mahal dan tiketnya pula cepat betul habis. Ada juga peminat fanatik yang tidak mampu nak beli tiket khususnya golongan pelajar dan golongan yang tak berduit. Tak semua dari kita ni ada duit nak berhibur, ye dok? Jadi, nak tak nak, kenalah tunggu konsert percuma.

Berita baik kepada yang nak tengok persembahan Dato’ Siti Nurhaliza di konsert bertaraf mega secara percuma. Haaa, korang kena baca sampai habis entri blog yang Budiey siarkan ini okay? Dan ikutlah cara-cara untuk mendapatkan tiket.

Xpax kini membawakan kepada anda khususnya peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza siri konsert Yonder Music Live, bermula dengan acara eksklusif menyambut 20 tahun kejayaan platinum Dato Siti Nurhaliza.

Konsert ini akan diadakan pada 2 April 2016, hari Sabtu jam 8 malam di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Antara artis yang turut bersama perform ialah Afgansyah Reza, Anggun Cipta Sasmi, Hafiz AF7, Cakra Khan, & Faizal Tahir.

KONSERT DATO’ SITI NURHALIZA & FRIENDS

[dropcap]D[/dropcap]iberi nama Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, ia adalah konsert unik yang harus ditonton sendiri. Tetapi, acara ini eksklusif untuk pelanggan Xpax dan Yonder Music.

Konsert ini menampilkan orkestra penuh, dan akan diserta persembahan duet dari artis Malaysia dan serantau seperti Afgan, Anggun, Cakra Khan, Faizal Tahir, Hafiz Suip dan banyak lagi.

Seperti yang Budiey katakan tadi, konsert Dato’ Siti tak lepas dengan kejutan dan kelainan. Apa yang Budiey dapat katakan konsert ini akan menampilkan Dato Siti ‘berduet’ dengan mendian Whitney Houston. Haaa, macamana tu? Jadi korang kena tonton sendiri. Khabarnya, Dato’ Siti akan menyanyikan karya popular mendiang dan menerusi lagu ini mereka lihat seolah berduet. Menarik kan?

Ini adalah slot atau elemen istimewa untuk peminat yang datang ke konsert ini nanti.

KONSERT DATO’ SITI NURHALIZA & FRIENDS

[dropcap]J[/dropcap]ika anda pelanggan Xpax, anda berpeluang menyaksikan konsert Dato Siti secara PERCUMA, dibawakan khas kepada anda oleh Xpax & Yonder Music. Jadi, Budiey nasihatkan cepat-cepatlah pergi dapatkan Magic SIM™ sekarang!

Anda hanya perlu subscribe sebarang pek internet bulanan dan aktifkan Yonder Music dengan memuatturun aplikasi ini ke telefon bimbit anda. Seterusnya, anda akan memenenangi sepasang tiket menonton konsert ini.

KONSERT DATO’ SITI NURHALIZA & FRIENDS

[dropcap]J[/dropcap]adi, apa nak dinantikan lagi, promosi ini telah pun bermula sekarang dari 2 hingga 25 Mac ini. Pelanggan Xpax berpeluang memenangi sepasang pas masuk ke konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, dengan menuruti langkah di bawah:

Pelanggan Xpax

1. Langgan mana-mana pelan internet bulanan (Monthly RM30, RM40, atau RM60 Internet Pack)
2. SMS ke 28882
3. Muat turun & aktifkan Yonder Music
4. Maklumat tiket & lain info di www.xpax.com.my/siticoncert

Jangan lupa hashtag: #Xpax & #SitiNurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem TAKRAW KAMPUNG Lakonan Syafiq Kyle, Issey & Ammar

How Do I Look Asia Season 2 Casting Call