in

Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha

SINOPSIS BANGSAWAN SIti ZuLAIKHA

SULTAN ZAINAL ULUNG – Pemerintah Negara Ulung menyerahkan takhta kepada ayahandanya, Sultan Arman Ulung buat seketika kerana baginda pergi berburu di hutan. Sewaktu ketiadaannya, berlaku kekecohan di dalam negeri akibat salah faham terhadap Pemerintah kerana soal Bayaran Cukai / Ufti Emas dan Perak.

Semasa setiap wakil kawasan jajahan membayar Ufti Emas dan Perak ( Cukai ) berlaku satu salah faham yang tidak sengaja di hadapan Tuanku Arman Ulung di dalam Balairung Seri bersaksikan dengan semua pembesar – pembesar negara, dan ini mendatangkan murka Tuanku dan menjatuhkan hukuman tanpa bicara.

Datuk Bendahara dan Siti Zulaikha berusaha mencuba untuk memberi nasihat kepada Tuanku Sultan Arman Ulung tetapi di tolak. Dalam masa yang sama Siti Zulaikha sebenarnya tidak disukai oleh Permaisuri (bonda Sultan Zainal Ulung), sebaliknya menyukai Puteri NurManja Lela bagaikan dilayan seperti menatang minyak yang penuh.

Setelah perkara ini berlaku, maka Datuk Penghulu kampung jajahan Negara Ulung ( Ketul Perak ) telah mengkhianati taat setia beliau setelah anaknya di hukum mati oleh Tuanku Sultan Arman Ulung. Di sebabkan perasaan dendam yang tinggi maka beliau bersengkokol dan memohon bantuan ketenteraan dari musuh ketat Negara Ulung iaitu Negara Panji Kayangan untuk menyerang dan menawannya. Angkatan tentera Panji Kayangan datang menyerang Negara Ulung dengan mengejut yang di pimpin oleh Puteri Panji Kayangan dan angkatan tentera Negara Ulung tewas serta Tuanku Sultan Zainal Ulung sendiri berjaya di tawan.

Siti Zulaikha tidak tahan lagi dihina di Istana Sembunyi Negara Ulung. Beliau lalu melarikan diri ke hutan. Dalam perjalanannya ke Panji Kayangan untuk mencari dan menyelamatkan suaminya, Siti Zulaikha bertemu dengan Nur Selasih, maka mereka bersahabat dan bersama-sama berguru dengan seorang Mahaguru ( Mahaguru Adi Kencana ). Nur Selasih, berjanji untuk bersama – sama Siti zulaikha untuk menyelamatkan Tuanku Sultan Zainal Ulung daripada tawanan Tuanku Sultan Indera Kayangan.

Di Negara Panji Kayangan, Zainal Ulung disiksa kerana tidak mahu mengakui kebesaran Sultan Indera Kayangan dan menolak cinta Puteri Nur Kilan Kayangan. Siti Zulaikha dan Nur Selasih yang menyamar sebagai penari sambil mengatur gerakannya untuk menyelamatkan Tuanku Sultan Zainal Abidin. Dengan bantuan angkatan tentera dari semua tanah jajahan Negara Ulung yang masih setia untuk berkorban demi Negara, maka Panji Kayangan berjaya di tewaskan dan Tuanku Sultan Zainal Ulung berjaya diselamatkan. Sebagai membalas budi dan jasa Nur Selasih, Siti Zulaikha mengizinkan suaminya mengahwininya.

Tuanku Sultan Zainal Ulung, Siti Zulaikha, Puteri Nur Manja Lela dan Nur Selasih pun hiduplah berbahagia kekal selama-lamanya….

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES

Fatin Gadis Melayu 3 dan AG Hotfm Hos Baru Nasi Lemak Kopi O