in , ,

Miller Khan Kini Sah Menjadi Suami Kepada Farina Rebecca

Pelakon kacak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Miller Khan telah selamat berkahwin dengan pereka fesyen, Farina Rebecca pada Rabu iaitu 10 November 2021.

Berita gembira itu dikongsikan oleh adiknya, aktor Isa Khan menerusi Instagram Stories miliknya. Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan melayangkan ucapan tahniah kepada abang tercinta dan mendoakan agar perkahwinan itu dirahmati Allah.

Alhamdulillah, akhirnya abang saya kahwin! Tahniah abangku, semoga Allah merahmati kami dan isteri.

Miller Khan Kini Sah Menjadi Suami Kepada Farina Rebecca

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Pilih busana tradisional Betawi

Sementara itu, menerusi beberapa foto perkahwinan yang dikongsikan di media sosial, pasangan itu sepadan mengenakan busana tradisional Betawi. Farina juga kelihatan anggun dengan berkebaya putih.

Miller Khan Kini Sah Menjadi Suami Kepada Farina Rebecca

Ruangan Instagram Stories juga dipenuhi dengan ucapan daripada keluarga terdekat dan teman rapat Miller serta Farina.

Sehingga artikel ini ditulis, OhBulan! masih cuba mendapatkan kenyataan daripada Miller dan Isa.

Sebelum ini, Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 34, berkongsi siri foto pra perkahwinan bersama Farina di Instagram mereka sejak Oktober.

Untuk rekod, Miller telah melamar Farina di udara dengan menaiki helikopter pada 11 Mac 2021 ketika dibawa bersiar-siar di Jakarta, Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Sitkom Drama APARTMEN PUTRA Lakonan Syafie Naswip, Joey Daud & Reen Rahim

Durian Capital Berhad Melancarkan Skim Pelaburan Durian Berlesen