in

Sinopsis Jarum Halus Lakonan Razif Hashim & Juliana Ibrahim

Filem thriller ini diarahkan oleh Mark Tan dan diterbitkan oleh Sparky Pictures ini akan ditayangkan pada 10 Januari 2008. Filem ini dibintangi oleh Razif Hashim, Juliana Ibrahim dan Christien New.

Jarum Halus mengisahkan tentang betapa rumitnya suatu perhubungan sehingga berlakunya satu tragedi. Ianya bermula apabila Daniel dan Iskandar, sahabat baik yang bekerja di sebuah syarikat yang sama iaitu Ecotech, di bawah pengurusnya iaitu Datuk Kalel. Tetapi disebabkan Daniel bekerja dengan tekun, maka Daniel mendapat lebih perhatian dari Datuk Kalel sehingga menyebabkan Iskandar berdendam dengannya.

Akibat dendam yang membara, terjadilah persengketaan sehinggakan terjadinya suatu tragedi yang dahsyat. Apakah kesudahannya dan apakan yang terjadi seterusnya, anda perlu saksikannya mulai 10 Januari ini di pawagam berhampiran.

Mark Tan, pengarah filem ini adalah seorang lulusan dari Warwick University, England. Dalam tahun 2005, ketika tahun kedua di universiti berkenaan, Mark telah menghasilkan sebuah filem seram yang bertajuk ‘Nine’ dengan hanya 14 orang pelakon dan bajet sebanyak 100 paun.

Filem yang dihasilkan hanya untuk suka-suka ini telah menarik penonton di universiti tersebut sehingga DVD yang diterbitkan telah habis dijual.

[tags]filem jarum halus, director hollywood, Sparky Pictures, mark tan, Razif Hashim, Juliana Ibrahim, Christien New, england, football match, film nine, game plan, poster jarum halus, review jarum halus, spoiler, poster, trailer jarum halis film, video seks, skandal,  menteri kesihatan, chua, mengaku, youtube video menteri, hati siti nurhaliza[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rina & Rony Tersingkir Dari OIAM 2

Sekuel Batman Begins The Dark Knight