in

Rina & Rony Tersingkir Dari OIAM 2

SELAMAT JALAN RINA DAN RONY
Dua bintang telah meninggalkan pentas, siapa seterusnya?
Jumaat lalu merupakan hari yang menyedihkan bagi peminat Rina dan Rony apabila terpaksa melihat pemergian penyanyi kegemaran mereka dari pentas pertandingan One In A Million. Beberapa penonton kelihatan berlinangan air mata apabila melihat Rina menahan sebak semasa membuat persembahan terakhirnya melalui lagu yang berjudul ‘Hurt’ oleh Christina Arguilera.

Lain pula halnya dengan Rony yang kelihatan lebih tenang dan terbuka apabila mendendangkan persembahan terakhirnya. Rony dan Rina merupakan dua finalis terawal meninggalkan pentas pertandingan untuk minggu penyingkiran pertama.

“Saya sebenarnya amat terkejut dan agak kecewa dengan penyingkiran dua bintang yang sedang menyinar dari pertandingan ini,” komen Syafinaz.

Menurut Paul Moss, “Saya amat bersetuju dengan Syafinaz tetapi saya tidak terkejut kerana fenomena ini pernah berlaku pada musim pertama yang lalu apabila dua finalis terbaik dari  Top 12 juga telah diundi keluar. Walau apa pun, penonton di rumah telah membuat keputusan mereka dan kerana itulah kami sentiasa mengingatkan para peserta untuk membuat persembahan yang terbaik dan luar biasa.”

Bila ditanya komen Roni tentang penyingkirannya, “Saya ternyata sedih kerana diundi keluar tetapi ini sebuah pertandingan dan saya mengucapkan selamat berjaya kepada finalis lain yang masih kekal dalam pertandingan ini.”

Menurut Rina pula, “Saya terima keputusan para penonton yang telah mengundi saya keluar tetapi peristiwa ini tidak akan mematikan impian saya untuk terus berjaya dalam kerjaya nyanyian.”

Walaupun rancangan siaran langsung pada malam itu dimulakan dengan penyingkiran yang menyedihkan tetapi ia tidak sesekali menjejaskan persembahan menarik dari para peserta. Persembahan dari Shila, Ayu, AB dan Sarah misalnya begitu bertenanga dan berjaya menawan hati para penonton.

Mungkin tuah tidak menyebelahi bagi Intan, Shone, Joni dan Mark kerana persembahan mereka gagal menarik perhatian para juri. Para juri juga agak kecewa dengan persembahan yang dipertontonkan oleh  Tiara dan Iz yang dianggap kurang memuaskan.

Suasana suram pasti akan dirasai dalam episod One In A Million pada Jumaat ini apabila seorang lagi finalis akan disingkirkan pada awal rancangan ini. Hanya sembilan orang finalis akan meneruskan perjuangan mereka dalam membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000,000. Sama seperti pada musim pertama One In A Million, para penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengundi masuk peserta yang digemari tetapi juga mengundi keluar peserta yang kurang digemari dari pertandingan ini.

Bagi memastikan keadilan dan kelancaran di dalam proses undian, 8TV menyediakan dalam dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu. Undian boleh dibuat melalui SMS atau talian tetap.

Sebagai penaja utama rancangan ini, Streamyx kini menyediakan laman web rasmi http://oneinamillion.bluehyppo.com yang membolehkan para peminat rancangan One In A Million untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan informasi terkini seperti paparan video-video di sebalik tabir, sesi ujibakat, galeri gambar, forum untuk bertukar-tukar pendapat, kertas dinding komputer, blog dan juga pembelian barang-barang cenderahati One In A Million secara online. Manakala, Acer selaku rakan penaja berbesar hati untuk menyediakan peralatan-peralatan komputer semasa rancangan siaran langsung diadakan.

Para peminat rancangan ini harus terus mendengar pengumuman dari semasa ke semasa melalui radio rasmi rancangan ini iaitu HOT FM dan FLY FM serta pengumuman terbaru dari 8TV tentang cara-cara untuk mendapatkan tiket masuk secara eksklusif. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman web rasmi http://oneinamillion.bluehyppo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hadiah-hadiah dan tiket-tiket eksklusif yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Tiket masuk PERCUMA ini juga boleh didapati dari Pondok Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada waktu bekerja pada setiap minggu bermula 17 Disember 2007.

Pelbagai aktiviti promosi telah dirancang di bandar-bandar besar bagi menghangatkan lagi program One In A Million ini. Para peminat boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu secara dekat dengan finalis kegemaran mereka.

Jangan lupa untuk menyaksikan penyingkiran minggu pertama pada hari Jumaat, 28 Disember 2007, jam 9.30 malam eksklusif di 8TV atau secara alternatif di saluran 708 di Astro.

[tags]oiam tersingkir, pemenang, juliana evans, cd lucah menteri, cd seks, menteri kabinet, oiam 2, tiket percuma juara lagu, ajl22,  siti sarah, rony keluar, 8tv, pesta tahun baru, video lucah pemimpin mca, video bogel menteri, johor mca, barisan nasional, keputusan pilihanraya, ayu, ab, one in a million, akademi fantasi 6[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Linda Onn Pengacara Kontroversi Tahun 2007

Sinopsis Jarum Halus Lakonan Razif Hashim & Juliana Ibrahim