in , , ,

Sinopsis & Ulasan Filem THE HOLIDAY Lakonan Cameron Diaz & Jack Black

Seronok juga sekali sekala menonton filem romantik komedi. Terhibur dan dapat menghilangkan rasa stres. Betul tak?

THE HOLIDAY
Genre: Romantik Komedi
Pelakon: Cameron Diaz, Kate Winslet, Jude Law, Jack Black
Pengarah: Nancy Meyers

SINOPSIS Filem THE HOLIDAY:

Kisah dua orang wanita, lakonan Cameron Diaz sebagai Amanda dan Kate Winslet sebagai Iris, yang menghadapi masalah dengan pasangan mereka bertukar kediaman di berlainan negara atas alasan untuk bertukar angin dan mencari kedamaian jiwa.

Tiada siapa menyangka bahawa pemergian mereka ke tempat asing seolah-olah memberi harapan baru untuk melihat kehidupan dari perspektif berbeza… Pertemuan dan perpisahan juga menjadi satu inspirasi baru, di mana mereka berjumpa dengan jejaka dari tempat baru dan akhirnya jatuh cinta.

Apakah kesudahan cerita ini? Mampukah mereka bertahan lama di tempat orang? Sejauh manakah cinta dan kasih sayang yang baru mereka temui?

Filem ‘The Holiday’ dibawa ke pawagam oleh UNITED INTERNATIONAL PICTURES.

ULASAN BUDIEY:

Filem ini sememangnya saya tunggu-tunggu. Mengapa? Sebab gandingan dua pelakon kegemaran saya iaitu Cameron Diaz dan Kate Winslet menciptakan rasa minat saya untuk ke preview filem ini. Kate Winslet dulu pernah menggoda saya dalam filem Titanic dan Iris. Manakala Cameron Diaz memang terkenal dengan watak nakal dan geniusnya dalam Charlie’s Angels, There’s Something About Mary dan banyak lagi.

The Holiday

Anda pernah tonton Love Actually atau filem CINTA? Dulu, pernah dikatakan CINTA meniru bulat-bulat filem Love Actually. Dan kini, kedua-dua bayangan filem tersebut ada dalam filem The Holiday. Kalau anda suka dengan filem Love Actually, anda tentu akan suka dengan filem The Holiday. Pasti!

 Nama-nama besar dalam filem seperti Jack Black, Jude Law serta dua pelakon wanita yang dahsyat lakonannya itu rasanya akan menarik ramai penonton.

Filem ini sendiri sebenarnya tidaklah terlalu berat. Filem santai. Namun, saya kira filem ini kurang dari segi komedi ala komik. Kekuatan filem ini terletak pada trademark Camoron Diaz dan saya terbawa-bawa watak Winslet ketika pesonanya dalam filem-filemnya sebelum ini. Mereka spontan dalam lakonan dan bijak memikat penonton untuk terus ketawa dan ketawa.

Unsur romantis percintaan tidak boleh lari dari kelaziman. Dengan menerap dan menekankan nilai realisme dan mengurangkan komedi-komedi yang keterlaluan menjadi resepi utama filem ini. Lakonan Jude Law memang hebat memandang ini adalah lakonannya yang pertama untuk genre komedi romantis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira | 23

Di Sebalik Sinopsis Filem QABIL KHUSRY QABIL IGAM

Budiey | 24

Corat Coret Konsert Boyz II Men di Arena of Stars Genting Highlands