in ,

Trailer & Sinopsis Filem SINARAN (2015)

Budiey suka menonton filem yang ada nilai kesatuan bangsa dan juga melibatkan beberapa buah negara. Seperti yang diterapkan dalam filem SINARAN yang akan menemui penonton di pawagam mulai 26 November 2015.

Filem Sinaran merupakan filem usaha sama antara Malaysia, Indonesia dan Singapura menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Lisa Surihani dan Izara Aishah dari Malaysia, Evan Sanders dari Indonesia, Syariff Sleeq serta Nadiah M Din dari Singapura dan juga penampilan istimewa ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid. Filem berkonsepkan muzikal itu dibawah arahan pengarah terkenal daripada Malaysia iaitu Osman Ali. Filem Sinaran akan ditayangkan di pawagam bermula 26 November 2015

SINOPSIS FILEM SINARAN

[dropcap]F[/dropcap]ilem romantik muzikal ini mengisahkan tentang pelajar baru kolej bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta.

Shila (Lisa Suiani) dipaksa oleh rakannya Tina (Izara Aishah) untuk menyertai kelas tarian di kolejnya. Tina kecewa apabila Andre (Evan Sanders) mahu Shila menjadi pemimpin dalam persembahan mereka. Shila dengan berat hatinya bersetuju. Andre dan Shila mula jatuh cinta.

Andre tidak mempedulikan kawan baiknya, Dafi yang mempunyai masalah dengan ah long. Tina dan Dafi bersepakat. Tina mengambil alih pasukan persembahan dan menang pertandingan. Tina semakin popular dan persahabatan dengan Shila semakin pudar.

Cinta dan persahabatan menjadi pertaruhan manakala pertandingan akhir tarian pula semakin hampir.

TAJUK : SINARAN
Tarikh Tayangan : 26 November 2015
Genre : Tarian / Muzikal / Romantik
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Sinaran Pictures & Nuansa Sdn Bhd
Pelakon : Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishah, Syarif Sleeq, Nadiah M. Din, Shiela Majid

Poster Filem SINARAN

 

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamal Adli & Amyra Rosli Dijodohkan Oleh Kartina Aziz

Siapa Pemenang Jumbo Queen 2015 Grand Final