in ,

Sinopsis Filem JLN PINTAS

Rumah Anak Teater (RAT PRoduction) telah mengumumkan projek terbaru mereka melalui tayangan filem sulong JLN PINTAS arahan Nam Ron dan ditulis oleh Ayam Fared. Antara pelakon-pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Auf Razak, Beto Kushairy, Sharifah Amani, Bront Palarae dan lain-lain lagi.

Maklumat lanjut mengenai pementasan ini boleh diperolehi di http://www.facebook.com/events/328677607182095/

Poster Jln Pintas

Butir-butir tayangan JLN PNTAS:

Tayangan ini diadakan bermula 2 Mei (8.30pm) sehingga 6 Mei (5pm & 8.30pm).

SINOPSIS FILEM JLN PINTAS

JLN. PINTAS merupakan sebuah cereka yang berkisar tentang watak Bakar -seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan , juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga –ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui Jalan Pintas, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita jumpa di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

JLN. PINTAS is a fiction that revolves around the character of Bakar, a young graduate degree in engineering, also the eldest in the family (whose father left the family), came to Kuala Lumpur from a village to try his luck in the exercise of his responsibility to the family-mother and a sister.

By taking a shortcut (which also the meaning of the title), we see the character of a typical ordinary young man, who became a victims of delusional promises of Kuala Lumpur. Tracing the course of a one-day journey of his life – from morning to evening, about him attending an interview. Without realising it, we saw a life of a man caught between hopes and responsibilities. Finally, due to the fact, his dreams had turned into a revenge fantasy.

Bakar, who always leave his choice of life linger in his mind, deliberately producing the probabilities and risks from every options that he will make. And finally, Bakar (who also represents us), left in his confusion state of mind. Are we being too stupid and dumb, or is it the destiny of life we are living in?

PELAKON

BAKAR NAJIB – Auf Razak
WAN: RAKAN RUMAH 1 – Khairunazwan Rodzy
MAT SEMANG 1 – Adieyka Zainal
MAT SEMANG 2 – Aman Nassim
KERANI PEJABAT 1 – Maya Tan Abdullah
KERANI PEJABAT 2 – Hafiz Chan
KONCO 1 – Azhan Rani
KONCO 2 – Amerul Affendi
KONCO 3 – Ghadafi Meliki
JURUJUAL PISAU – Xavier Fong
Sarah – Sara Ali
IBU BAKAR – Mislina Mustaffa
TEMAN KAMPUNG BAKAR – Amka
JIRAN SEKAMPUNG – Riz Ainuddin
LELAKI KEMALANGAN 1 – Faisal Mustaffa
LELAKI KEMALANGAN 2 – Ayam Fared
GADIS KERETA ROSAK – Nadziratul Fadzillah
Boss – Beto Kusyairy
Gundik Boss – Sharifah Amani Yahya
BOB- Mustaqim
Penyelia Syarikat Jualan – Fikree Bakar
TEMAN SEKERJA – Saiful Ghaz
PEREMPUAN 1 -Dynna Zainal
PEREMPUAN 2 – Adinda Atie
LELAKI KURANG WARAS – Bront Palarae

Pelakon Pembantu
LELAKI HENTIAN BAS 1 – Redza Minhat
LELAKI HENTIAN BAS 2 – Tuan ‘Tapai’ Faisal
LELAKI HENTIAN BAS 3 – Noor Hafiz
TEMAN WANITA ZAHIRIL ADZIM – Shera Aiyob
LELAKI DI LIF – Fahas Dahalan
Temuduga 1 – Fadhlullah
Temuduga 2 – Alissa
Temuduga 3 – IZATUL
PELAYAN RESTORAN – Kirin Muhamad
LELAKI RESTORAN 1 – Lingswaran Singh
LELAKI RESTORAN 2 – Amir Farid
LELAKI RESTORAN 3 – Mohammed Zhafrie
LELAKI DI TANGGA – Mann Chan

Krew Teknikal
Monir
Afiq Mohsin
A’a

PENERBIT: Faisal Mustaffa
PENGARAH: Nam Ron
PENULIS SKRIP: Ayam Fared
PENOLONG PENGARAH 1: Joen Johan
PENOLONG PENGARAH 2 – Nadziratul Fadzillah
PENGARAH FOTOGRAFI – Tayanithi
PENATA BUNYI: Taj Addin
RUNUT BUNYI: Indra Zaaba
PENGARAH SENI – Mohd Azli Ibrahim (Amet)

Sumbangan minima: RM10 sahaja.
Maklumat lanjut: 0172002944 atau 0321422009

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Impiana KLCC Hotel Celebrates 6Th Year Anniversary

We Not Naughty