in , ,

Sinopsis Filem CINTA PERTAMA Lakonan Bunga Citra Lestari

Saksikan filem CINTA PERTAMA yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini (10 Mei 2007).

Sinopsis ringkas: Ketika hari menjelang perkahwinan, Abi mengetahui satu rahsia besar tunangnya, Alia. Ini berikutan penemuan sebuah diari Alia yang mempunyai banyak cerita tentang cinta pertama Alia terhadap Sunny. Ini semua terjadi setelah Alia mengalami koma dan tidak sedarkan diri akibat sakit kanser otak. Semasa Alia koma di hospital, Abi berusaha keras untuk memulihkan Alia. Penemuan diari Alia itu membawa kembali Sunny yang sudah pun berkahwin untuk memulihkan Alia dari koma. Sunny adalah sahabat Alia yang begitu menyayangi Alia dalam diam. Alia juga pun begitu. Mereka berdua terus memendam perasaan cinta sehinggalah kedua-duanya terpisah. Maklum sahajalah budak-budak sekolah. Alkisahnya nanti, bagaimana perasaan Abi setelah membaca diari Alia helai demi helai? Apakah reaksi Sunny setelah mengetahui Alia mencintainya dalam diam? Haa, itu semua terjawab setelah anda menonton filem ini.

490653996 B77325Ae99 | 3
490619412 Fb18De5B11 | 4

Alia (Bunga Citra Lestari): Seorang gadis ceria yang sentiasa manis dengan senyuman. Periang sekali gitu deh. Suka berahsia dan selalu memendam rasa. Hobinya, selain bermain dalam hujan, suka banget menulis diari. Kalau hobi kita suka tulis blog, Alia ni suka sangat tulis diari. Tiap-tiap hari dia tulis diari. Malangnya, Alia ini mengidap sakit kanser otak… Ish ish kesian.

490655462 D3C3F04D38 | 5

Sunny (Ben Joshua): Muka dia ni sebijik macam Achik Spin. Tapi Sunny lebih kacak. Ganteng gitu deh. Wataknya agak pendiam macam Budiey. Suka dengan mata pelajaran sejarah. Kira cita-cita dia nak jadi ahli sejarahwan gitu deh. Dalam cerita ni, Sunny sayang kat Alia tapi tak berani nak meluahkan.

490653184 4Ac0555A2A | 6

Abi (Richard Kevin): Kononnya Abi ni kacak ganteng dan menjadi tunangan Alia setelah dia tamat zaman persekolahan. Sifat Abi seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang Alia. Sanggup berkorban apa sahaja demi melihat Alia sembuh dari koma.

490656358 Ad540F462D | 7

Rena (Ratna Ruchian): Kalau Bunga macam Nora Danish, Rena ni pulak sebijik macam Leez AF. Haha! Tapi tak boleh lawan si Bunga sebab Bunga memang cantik giler. Rena ni teman pada Alia. Seorang yang suka pada realistik dan logistik walaupun filem ini sebenarnya penuh dengan aroma fantasi yang melampau. Rena tidak suka membuat keputusan mengikut emosi. Dalam lain kata, Rena ni suka berfikir pakai otak, bukan pakai lutut!

Saksikan filem CINTA PERTAMA yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini (10 Mei 2007).

491058287 94D8De6563 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aril Pilus | 30

Biodata Izwan Pilus

Bunga Citra Lestari | 31

Ulasan Filem CINTA PERTAMA Lakonan Bunga Citra Lestari