in ,

Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem BUSKER

Membuka tirai tahun 2018, Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem romantik remaja berjudul BUSKER. Filem ini mendapat sentuhan pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 menerusi Komedi TV Terbaik iaitu pengarah Syed Khairul Fariz dan dijayakan oleh barisan pelakon muda seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Astro Shaw Angkat Kisah Pemuzik Busker Ke Layar Perak

Meskipun menampilkan bintang muda, namun bakat dan kemampuan mereka dalam menggerakkan watak di skrin tidak dapat dinafikan. Nama Hafeez Mikail yang sebelum ini hanya dikenali sebagai seorang pelakon, namun, menerusi filem ini, pelakon yang membawa watak Adil ini menyerlahkan sisi berbezanya dengan bakat nyanyian yang sebelum ini tidak pernah ditonjolkan menerusi mana-mana drama mahupun filem.

Sementara itu, Daiyan Trisha yang lebih dikenali sebagai seorang penyanyi, kini beliau mempertaruhkan percubaan pertamanya dalam dunia lakonan menerusi filem ini.

Pelancaran Filem THE BUSKERS

 Bintang Muda Penggerak Utama Filem Busker

Karya yang mengangkat pemuzik busker sebagai paparan utama dalam jalan cerita serta disokong dengan elemen persahabatan dan cinta ini mempunyai kelainan tersendiri.

Menariknya, band muzik yang diilhamkan dalam filem turut direalisasikan di luar filem dengan nama yang sama iaitu ‘Simfoni Dalam Poket’ dan dianggotai oleh pelakon utama Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Bulan. Band ini merupakan di bawah bimbingan penyanyi dan pemuzik terkenal iaitu Monoloque, yang juga merupakan penata muzik bagi filem Busker.

Berbeza dengan filem terbitan Astro Shaw sebelum ini, filem Busker dihiasi dengan 21 buah lagu yang terdiri daripada lagu baru dan juga lagu yang disusun semula yang dikompos khas untuk filem ini. Lagu tema utama filem ini adalah Atma Jiwa dan ia dinyanyikan oleh Simfoni Dalam Poket serta lirik dan muzik oleh Monoloque.

Tajuk bagi lagu baru yang lain adalah seperti Mogok Tenteram, Semak, Selamat Tinggal Kekasih Lama, Jelingannya, Malas Nak Layan, Kupu-Kupu Malam, Doa Untuk Kekasih, Teka Teki Teka Tekok, Ingat, Konfessi, Impianku, Indah, Cendera, You Are The One, Johor Darul Takzim dan Bosan. Sementara itu lagu yang disusun semula adalah Doa Untuk Kekasih, Slumber, Alamak dan Ali Malas. Sebanyak 15 buah lagu di dalam filem akan dimuatkan ke dalam album dan ia boleh didapati di Spotify, Joox, Yonder dan iTunes.

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Filem yang akan menemui penonton di pawagam bermula 11 Januari 2018 ini menjalankan sesi penggambaran 100% di negeri Johor dan turut mendapat sokongan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru, Muafakat Johor, IRDA (Iskandar Regional Development Authority, Iskandar Waterfront dan Edu City Iskandar Malaysia.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, menyifatkan selaku salah satu penerbit filem di Malaysia, pihaknya turut bertanggungjawab dalam menampilkan genre filem yang berbeza bagi mewarnai industri perfileman tanah air serta memenuhi selera penonton yang berbeza-beza.

“Selepas kejayaan filem aksi Abang Long Fadil 2 dan Tombiruo : Penunggu Rimba, kini Astro Shaw kembali dengan filem bergenre romantik. Filem Busker mempunyai keunikan tersendiri di mana tunjang utama jalan cerita yang dihidangkan adalah kelompok busker yang jarang dipertontonkan di layar perak. Sesungguhnya, pihak kami tidak pernah berputus semangat untuk terus menyajikan filem pelbagai genre kepada penonton. Kami berharap filem ini juga akan turut mendapat sokongan daripada semua pihak kelak.”

“Bercakap mengenai barisan pelakon, kali ini kami tampilkan bakat-bakat muda sebagai pelakon utama kerana mereka menepati ciri-ciri watak yang ada dalam filem. Kami telah mengadakan sesi audition sebelum memilih barisan pelakon. Bagi menepati watak yang telah diilhamkan, kami mencari pelakon yang boleh belakon, boleh menyanyi, mahir bermain alat muzik dan sesuai dengan penampilan remaja. Selain itu, kami turut tampilkan kameo artis-artis popular tanah air yang mengisi setiap babak penceritaan dengan cara tersendiri tanpa mencacatkan jalan cerita. Antara artis tersebut adalah Aziz M Osman, Monoloque, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge), Altimet dan ramai lagi”, tambah Najwa Abu Bakar lagi.

Bagi memberi keterujaan kepada penggemar filem tempatan, Astro Shaw juga bakal menampilkan mini drama Busker yang berdurasi 7 minit dan boleh ditonton di laman sosial sebelum filem ini menemui penonton di layar perak 11 Januari nanti.

Selain itu, peminat turut boleh berhibur dan beramah mesra dengan band Simfoni Dalam Poket di aktiviti on ground bermula Disember ini.

Filem Busker mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, Adil mula berkawan dengan Vera dan mendapat semangat baru dalam menggapai impiannya untuk berkarya dengan muzik. Tanpa disedari, perasaan suka mula timbul di antara mereka.

Namun, semakin hampir dengan hari pertandingan, Adil berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Nantikan filem Busker yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 11 Januari 2017.

Sila layari www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #Buskerthemovie.

POSTER FILEM BUSKER

Poster Filem Busker_Media

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

Pelancaran Filem THE BUSKERS

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ini Senarai Program Menarik Di TV3 & TV9 Sempena Maulidur Rasul

Yang Happening di Sesi Rakaman Suria FM Musim Kedua Bersama Amy Mastura