in , ,

Ini Senarai Program Menarik Di TV3 & TV9 Sempena Maulidur Rasul

Hari pertama bulan terakhir tahun ini amat istimewa kerana umat Islam bakal memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang disayangi. Bersempena dengan Maulidur Rasul tahun ini pada 12 Rabiulawal 1439H bersamaan dengan 1 Disember 2017, TV3 dan TV9 menyediakan beberapa program khas seperti telefilem ‘PENGEMIS ITU SAUDARA AKU’ lakonan Izzue Islam, Ezzaty Abdullah, Amirul Faqeem DFKL & Azwan Kombos dan ‘FATONAH AZALI’ yang membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura & Sharifah Sakinah untuk tontonan semua.

Selain itu, jangan lupa untuk menonton program-program yang sarat dengan mesej positif seperti ‘PENTAS HALAQAH’ yang dihoskan oleh Haji Ahmad Noor Sulaiman, serta program ‘TANYALAH USTAZ’ yang menampilkan Ustaz Roslan Mohamed sebagai panel.

Berikut ialah senarai program yang akan disiarkan:

Pengemis Itu Saudara Aku 7

Jumaat, 1 Disember 2017

Pengemis Itu Saudara Aku, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Emily amat meminati fotografi. Pada suatu hari, dia dan kawannya Joseph tenampak seorang pengemis bernama Danish yang kacak walaupun kelihatan agak comot. Emily mengambil gambar pengemis tersebut lalu memuatnaikkan gambar itu ke laman media sosial. Dia langsung tidak sangka bahawa gambar itu akan tular sehingga menjadi perbualan hangat orang ramai. Oleh itu, Emily ingin mencari pengemis itu semula untuk mendokumentasi perkembangan hidupnya yang sudah menjadi semakin terurus. Kisah tular Danish ini diketahui oleh Hairi, salah seorang ahli keluarganya. Hairi ialah punca sebenar Danish mengemis setelah berjaya merebut harta keluarga mereka. Kini, Hairi ingin memusnahkan hidup Danish sekali lagi.

Emily loves photography. One day, Emily and her friend named Joseph bumped into a good looking beggar, she then took a few photos of him. Emily uploaded the photos that she took on her social media platform. However, she did not expect for those photos to go viral at all. Emily went looking for the same beggar again to record his latest developments. One of his family members, Hairi, heard about the story. Hairi who turned Danish into a beggar wants to destroy Danish’s life once again.

PELAKON: Izzue Islam, Ezzaty Abdullah, Amirul Faqeem DFKL, Azwan Kombos

Fatonah Azali 3

Sabtu, 2 Disember 2017

Fatonah Azali, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Azali akhirnya pulang ke kampung halamannya setelah meninggalkan tempat itu selama tujuh tahun. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam, baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal bernama Tonah, yang jauh lebih muda darinya. Pak Tam menikahi Tonah atas rasa hutang budi kepada ayah Tonah iaitu arwah Dato’ Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.

Azali finally came home after leaving his hometown for seven years. He was shocked to find out that his father got married to Tonah, who is way younger than him. However, Tonah’s life changed when her husband passed away. Azali’s father entrusted him to take care of Tonah, just like his own mother.
PELAKON: Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon, Zaibo, Kay Maria

Jumaat, 1 Disember 2017

Tanyalah Ustaz, “Mencintai Rasul”, 7.00 pagi – 8.00 pagi
Menampilkan Ustaz Roslan Mohamed sebagal panel, episod kali ini akan menjelaskan sebab-sebab mengapa umat Islam perlu mempunyai perasaan cinta kepada Rasul. Baginda sangat kasih dan memikirkan nasib umatnya sehinggalah menjelang saat kewafatannya. Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW sepertimana baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulullah SAW, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah SAW bermula daripada saat kelahiran baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat-saat kewafatan Rasulullah SAW dan mendalami kepentingan menanamkan sifat cinta dan kasih sayang terhadap Rasul kita. Sesungguhnya, inilah tokoh agung yang tiada bandingannya sehingga kini. Para penonton juga berpeluang untuk mendapat tips-tips menanam rasa cinta kepada baginda dengan lebih terperinci.

Join Ustaz Roslan Mohamed, the panel for this episode as he will explain the reasons why Muslims should have the love for Rasul.

Pentas Halaqah, “Bila Dajal Bertanya”, 4.00 petang – 5.00 petang
Lebih dari 1,400 tahun yang lalu, tanpa dirancang oleh seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Tamim Ar Dari telah bertemu dengan makhluk yang paling ditakuti oleh seluruh umat manusia yang akan muncul pada akhir zaman iaitu Dajal al Masih. Pertemuaan itu terjadi saat kapal yang dinaikinya rosak dan berlabuh di sebuah pulau. Dalam pertemuan tersebut Dajal al Masih telah bertanyakan beberapa soalan kepada Tamim yang pada ketika itu seorang penganut Kristian. Apakah soalan-soalan tersebut? Topik ‘Bila Dajal Bertanya’ akan dipecahkan kepada tiga kupasan iaitu mengupas maksud pertanyaan Dajal secara terperinci, serta apakah kaitan pertanyaan Dajal itu dengan kehidupan kita saat ini.

Don’t forget to catch this episode of Pentas Halaqah which highlights “Bila Dajal Bertanya” that talks about the real meaning of Dajal’s questions, and how it relates to our current life.

Sebentuk Kunci Sedikit Cinta, 9.30 malam – 11.30 malam
Mengisahkan seorang tukang kunci, Sudin, yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan. Sudin juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci milik Sudin telah mendatangkan amarah kerana Sudin merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu. Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.

Sudin is a locksmith. His ex-wife and kids left him because he became handicapped after he was involved in an accident. Not only that, Sudin’s eyesight worsens due to his work routine. After a few years, his ex-wife returned and this caused him to be angry as he felt cheated. There is no way Sudin could ever forgive what his ex-wife did to him.
PELAKON: Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Shafie Naswip, Ika Nabella

Sabtu, 2 Disember 2017

Tanyalah Ustaz, “Sunnah-Sunnah Rasulullah”, 7.00 pagi – 8.00 pagi
Episod ini menampilkan Ustaz Roslan Mohamed sebagai panel sekali lagi dan beliau akan membincang sambil menitikberatkan kefahaman tentang sunah-sunah Rasul, serta hikmah dan ganjaran bagi umat Islam yang mengamalkannya. Sunnah Rasulullah SAW adalah segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah SAW, baik ucapan, perbuatan mahupun penetapan beliau SAW, yang ditujukan sebagai syariat bagi umat Islam. Betapa pentingnya umat Islam untuk menteladani akhlak Rasulullah SAW. Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”.

For this episode, Ustaz Roslan Mohamed will discuss the importance of understanding the Sunnah, and the rewards to those who practice them.

Pentas Halaqah, “Kuatkah Israel?”, 4.00 petang – 5.00 petang
Topik ‘Kuatkah Israel?’ ini akan membuktikan fakta seluruh umat manusia di dunia saat ini seolah mengakui kehebatan dan kekuatan Israel. Namun dengan kemajuan dalam bidang ketenteraan, telekomunikasi, ekonomi, kesihatan, pendidikan, pertanian, teknologi maklumat malah hingga kepada perisikan, seolah kekal kuat di dunia arab. Dengan jumlah rakyatnya yang tidak sampai 10 juta Israel berdiri megah dipentas dunia dan berjaya menundukkan ancaman dari negara-negara Islam. Namun benarkah Israel begitu kuat? Dan sejauh manakah umat Islam memahami kelemahan Israel?

This episode of Pentas Halaqah will lay out the facts about Israel as a superpower. However, is Israel really a strong country? Do Muslims know their true weaknesses?

Marilah sama-sama menyaksikan susunan program menarik yang telah disediakan khas buat penonton-penonton setia TV3 dan TV9 sempena Maulidur Rasul tahun ini! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Anda juga boleh menyaksikan program-program ini di portal video tonton menerusi laman web www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 dan TV9 iaitu @tv3malaysia dan @tv9malaysia.

Fatonah Azali 2

Fatonah Azali 1

Pengemis Itu Saudara Aku 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Filem PERANSANG RENTAP Vincent Mallang Juara R U Tough Enough? The Ultimate Edition

Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem BUSKER