in

Queen Latifah Dalam Beauty Shop di TV2

FILEM LAKONAN QUEEN LATIFAH, BEAUTY SHOP DI TV2

Slot Cinema On 2 yang menyajikan filem-filem Inggeris terbaik untuk tontonan pengikut setia salurannya kembali pada 23 Mac 2010 (Rabu), jam 10.00 malam dengan menyiarkan filem menarik dan menghiburkan lakonan aktres hebat Queen Latifah bertajuk Beauty Shop di TV2.

Berlegar sekitar cerita berlaku di dalam sebuah salun kecantikan, filem yang popular tahun 2005 ini bermula dengan mengetengahkan watak Gina Norris lakonan Queen Latifah berhijrah dari Chicago ke Atlanta dan bekerja di sebuah kedai kecantikan milik majikannya, Jorge.

Meskipun gembira bekerja dengan majikannya itu, Gina tetap menyimpan harapan dan cita-cita untuk memiliki sendiri sebuah kedai kecantikan. Apatahlagi seringkali berlaku perselisihan faham antara Gina dengan majikannya itu. Namun atas rasa hormat, segalanya hanya diturutkan sahaja tanpa sebarang bantahan.

Satu hari, Gina telah dibuang kerja dan situasi itu memberi kelebihan kepadanya untuk mula bertekad mengorak langkah membuka butik kecantikannya sendiri. Lalu bersama teman baiknya yang juga bekas rakan sekerja lamanya dia memulakan perniagaan butik kecantikan mereka.

Pada masa sama, Gina gembira kerana dapat menyekolahkan anak perempuannya ke sekolah muzik yang berprestij di Atlanta di samping memulakan kehidupan baru di sana.

Berkat kerja keras, perniagaan mereka semakin popular dan dikenali di kalangan mereka yang mahu mendapatkan khidmat pendandan rambut yang terbaik. Termasuk juga pelanggan yang sebelum ini menjadi pelanggan setia butik kecantikan dimiliki Jorge mula beralih arah mendapatkan perkhidmatan di kedai mereka.

Namun situasi itu menimbulkan perasaan kurang senang bekas majikannya, Jorge yang kemudiannya merancang untuk membalas dendam. Malangnya, cubaan Jorge itu tidaklah semudah yang disangka kerana terpaksa berdepan dengan Gina dan temannya yang begitu bersungguh mempertahankan perniagaan mereka.

Namun dapatkah Jogre menewaskan Selain Queen Latifah Beauty Shop turut dibintangi oleh Alicia Silverstone, Andie MacDowell, Alfre Woodard, Mena Suvari dan Della Reese.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Appalam

Gambar Majlis Akad Nikah Zizan Nin