in ,

Sinopsis Episod 5 Ammara Batrisya di TV9

Budiey percaya, anda sudah menonton drama episod ke-5 semalam kan? So, nah ini dia sinopsis Episod 5 Ammara Batrisya di TV9. Batrisya masih lagi cuba untuk memulihkan kembali perhubungan antara dia dan Ammara. Keadaan menjadi gempar, apabila Rebecca ditemui mati dibunuh di rumahnya. Polis mengesyaki berkemungkinan kematian Rebecca ada kaitan dengan isteri Dato’ Zailan setelah dia menyerang Rebecca di studio rakaman tempoh hari.

Batrisya tidak berputus asa untuk pergi kerumah Ammara dan dia bernasib baik apabila Ammara sudi untuk berbaik semula dengannya dan bersimpati dengan nasib Rebecca apabila mengetahui berita itu daripada Batrisya.

Malam itu mereka berjanji untuk makan malam bersama dan kali ini, Rayyan turut bersama mereka dengan niat untuk memperkenalkan rakan sekerjanya, Reza kepada Ammara. Nilam iaitu penjaga Ammara di Australia, kembali ke Malaysia kerana dia risau dengan keadaan Ammara yang dilihatnya semakin tertekan.

Apa pendapat anda dengan episod ke-5 ni? Tak sabar nak tonton drama Ammara Batrisya episod ke-6 jam 8.30 malam ini di TV9.

Ammara Batrisya di TV9

Ammara Batrisya di TV9

Ammara Batrisya di TV9

Ammara Batrisya di TV9

Ammara Batrisya di TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dwight Yorke Flying to Kuala Lumpur with FIFA World Cup Trophy

AirAsia Indonesia Officiates New Headquarters in Jakarta