in , ,

Sinopsis Drama SAMARINDA TAKDIR YANG TERTULIS Lakonan Nazim Othman & Nad Zainal

Berminat untuk menonton drama TAKDIR YANG TERTULIS, nah sebanyak 15 Episod, boleh tonton setiap Isnin – Khamis (Bermula 21 Januari 2021) 10.00 malam – 11.00 malam. Jom baca dulu sinopsis nya!

Drama Samarinda TAKDIR YANG TERTULIS ini diterbitkan oleh RadiusOne dibawah arahan Shahrulezad Mohameddin, membariskan Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong, Elvina Mohamad, Adik Isaac Iman dan Didie Alias.

Takdir Yang Tertulis 2 (1)

Sinopsis Drama SAMARINDA TAKDIR YANG TERTULIS

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Takdir Yang Tertulis 1 (OFFICIAL)

Saksikan Takdir Yang Tertulis dan Melastik Ke Hatimu untuk ketahui mampukah Juweta dan Haura leraikan kemelut kehidupan mereka bermula 21 Januari 2021 ini. Dapatkan maklumat lanjut drama-drama ini di xtra.com.my dan laman-laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Drama Sangat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama MELASTIK KE HATIMU Lakonan Janna Nick & Andi Bernadee

Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM Lakonan Puteri Aishah & Azlee Khairi