in ,

Sinopsis Drama Bukan Bidadari

Sinopsis Drama Bukan Bidadari. Slot Lestary yang sebelum ini terkenal dengan drama hit seperti Asmara, Cinta Elysa, Vanila Coklat dan 3 Janji, kali ini satu lagi drama baru pasti akan memikat hati penonton menerusi drama Bukan Bidadari yang bermula pada 19 Jun 2012, setiap hari Selasa jam 9 malam.

Drama Bukan Bidadari yang mendapat sentuhan sutradara Faisal Ishak di bawah penerbitan Filmscape Production dan skrip oleh Zuli Ismail yang menampilkan pelakon muda yang kini sedang menempa nama Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali). Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut yang sanggup merosakkannya.

Barisan Pelakon Bukan Bidadari Bersama Pengarah Faizal Ishak & Penulis Skrip Zuliana Ismail

Sinopsis Drama Bukan Bidadari

Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Naziha

Bruce Willis Dalam Filem Tears Of The Sun