in

Sinopsis Drama Bersiri Vikings di History Channel

Kehidupan dan pengembaraan epik para panglima Viking kini diperkisahkan dalam program “VIKINGS”, sebuah siri 9 bahagian yang akan disiarkan pada saluran HISTORY™. Drama ini menggambarkan dunia penyerang, pedagang dan peneroka Zaman Gelap daripada pandangan orang Viking dan bukannya orang luar.

[pullquote align=”right”]Mereka adalah pahlawan paling ganas, VIKINGS, Siaran Perdana pada 29 September 2013, Setiap Ahad jam 10 malam[/pullquote]

VIKINGS menjejaki pengembaraan Ragnar Lothbrok (Travis Fimmel, The Beast, Baytown Outlaws), seorang lelaki yang selalu cuba merentasi halangan serta dunia baru untuk ditawan. Dengan bantuan rakannya, Floki, (Gustaf Skarsgard, The Way Back), mereka membina kapal-kapal generasi baru yang lebih laju, elok dan dibuat dengan lebih baik. Siri ini juga akan memaparkan bagaimana orang Viking, kumpulan jahiliah terakhir menyembah tuhan purba seperti Odin, Thor, Freya dan Loki. Ragnar mendakwa dirinya keturunan tuhan orang Norse iaitu Odin, yang dikatakan tuhan kepada para panglima semasa perang dan juga tuhan yang sentiasa ingin tahu.

Walaupun VIKINGS penuh dengan konflik, peperangan dan pertumpahan darah tatkala di saat-saat ekstrem, ia juga sebuah kisah keluarga. Ragnar yang merupakan seorang petani yang cukup menyayangi keluarganya amat kecewa dengan polisi sederhana ketua tempatan, Earl Haraldson (Gabriel Byrne, In Treatment, Usual Suspects, Millers Crossing), yang menghantar secara berterusan penyerang Viking ke timur pada setiap musim panas, ke negeri-negeri Baltik dan Rusia dimana rakyatnya cukup daif.

Fimmel, Byrne dan Skarsgard turut disertai oleh Katheryn Winnick (Bones, Love and Other Drugs, The Black Marks) sebagai Lagertha, seorang yang berani dan isteri kepada Ragnar; Jessalyn Gilsig (Glee, Heroes, Nip/Tuck, Friday Night Lights) sebagai Siggy, isteri Earl Haraldson yang cantik; George Blagden (Les Miserables, Wrath of the Titans) sebagai Athelstan, seorang rahib Kristian lurus bendul yang ditangkap oleh Ragnar semasa serangan pertamanya ke atas England; dan Clive Standen (Camelot, Robin Hood) sebagai Rollo, saudara lelaki Ragnar yang impulsif, sukar dikawal dan sukakan kebebasan.

Dicipta dan ditulis oleh Michael Hirst – antara pencerita sejarah terkenal dalam industry (filem Elizabeth yang memenangi Anugerah Academy; dan siri The Tudors yang dicalonkan untuk anugerah-anugerah Emmy dan Golden Globe), Michael bertindak sebagai Penerbit Eksekutif bersama Morgan O’Sullivan daripada World 2000 (The Count of Monte Cristo; The Tudors), John Weber daripada Take 5 Productions (The Tudors; The Borgias), Sherry Marsh, Alan Gasmer, James Flynn (The Tudors; The Borgias) dan Sheila Hockin (The Tudors; The Borgias). Dirk Hoogstra dan Julian P. Hobbs merupakan eksekutif-eksekutif yang bertanggungjawab untuk penerbita saluran HISTORY™..

SINOPSIS BAGI SETIAP EPISOD
Episod 1: Rites of Passage
Siaran Perdana pada 29 September, Ahad jam 10 malam
Dunia Viking dihidupkan melalui perjalanan Ragnar Lothbrok, orang Viking pertama yang muncul daripada lagenda orang Norse ke lembaran sejarah – seorang lelaki yang penuh misteri. Kisahnya bermula pada abad ke-8 di Scandinavia, dimana Ragnar Lothbrok adalah seorang pahlawan dan petani yang berhasrat untuk mencari kekayaan dengan menyerang kawasan timur. Ragnar, secara senyap, telah mengusahakan sebuah projek yang bakal menukarkan dunia Viking. Tetapi sebelum itu, Ragnar perlua menyakinkan ketua masyarakat yang berkuasa iaitu Earl Haraldson, yang mungkin tidak terlalu gembira jika perjalanan ini melakar kejayaan buat Ragnar.
Diarahkan oleh: Johan Renck
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 2: Wrath of the Northmen
Siaran Perdana pada 6 Oktober, Ahad jam 10 malam
Episod ini menceritakan perjalanan pertama ke barat Ragnar Lothbrok yang berjaya mengumpul sebuah pasukan yang sanggup menggadai nyawa untuk mengembara ke dunia yang tidak diketahui. Sikap paranoid Earl Haraldson semakin memuncak apabila mendapati bahawa kepercayaan itu sukar dicapai pada zaman kegelapan.

Diarahkan oleh: Johan Renck
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 3: Dispossessed
Siaran Perdana pada 13 Oktober, Ahad jam 10 malam
Sebuah biara di Lindesfarne bakal menyaksikan untuk pertama kali cara orang Viking beroperasi. Dengan penuh kekejaman, Ragnar dan anak buahnya menyerang biara tersebut yang mengandungi harta karun serta rahib yang boleh dijual sebagai hamba. Oleh sebab kekayaan yang dicapai daripada perjalanan ini, Earl Haraldson tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk bersetuju membiarkan para pahlawan ini membuat perjalanan kedua. Bahagian barat kini terbuka untuk dijejaki Ragnar Lothbrok dan selepas ini, dunia Viking tidak akan sama lagi.
Diarahkan oleh: Johan Renck
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 4: Trial
Siaran Perdana pada 20 Oktober, Ahad jam 10 malam
Pahlawan Viking kembali ke England untuk melihat apa lagi harta karun lain yang ditawarkan oleh dunia baru ini. Kali ini, Ragnar dan pasukannya belayar dengan izin Earl Haraldson dan juga diikuti oleh perisik Haraldson sendiri. Selepas pertumpahan darah di atas pantai, pahlawan Viking memilih Hari Sabbath untuk menyerang kota Hexam dan menimbulkan kekejaman dan kecemasan. Tatkala sedang menyerang, Ragnar dan Lagertha mendapati bahawa ada akibat di sebalik setiap tindakan, dan Earl Haraldson akan sentiasa mengawasi mereka.
Diarahkan oleh: Ciaran Donnelly
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 5: Raid
Siaran Perdana pada 27 Oktober, Ahad jam 10 malam
Di Great Hall of Kattegat, seorang peramal telah membaca masa hadapan Earl Haraldson dan memberitahunya bahawa Ragnar Lothbrok mahukan dia mati. Persoalan yang tidak terjawab adalah siapakah yang lebih disayangi oleh tuhan? Haraldson mula berjaga-jaga sebagai seorang manusia yang sanggup mempertahankan kuasa dan statusnya sampai mati. Kediaman dan lading Ragnar telah dibakar oleh Earl.. Ragnar juga turut cedera tetapi berjaya bersembunyi dengan selamat. Kini, dia perlu memilih laluan yang akan membawanya kembali kepada kebebasannya
Diarahkan oleh: Ciaran Donnelly
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 6: Burial of the dead
Siaran Perdana pada 3 November, Ahad jam 10 malam
Lemah dan masih cedera, Ragnar perlu menemui Earl apabila dia mengetahui yang Rollo telah diseksa atas arahan Haraldson. Kedua-dua lelaki ini akan bersemuka dengan satu kemungkinan: Hanya seorang saja yang akan hidup dalam pertarungan ini.
Diarahkan oleh: Ciaran Donnelly
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 7: A King’s ransom
Siaran Perdana pada 10 November, Ahad jam 10 malam
Tiga buah kapal Viking belayar menuju ke pusat kekuasaan bahagian timur England iaitu Vila Diraja, Raja Aelle. Ragnar Lothbrok pula datang untuk mencari wang tebusan sebagai pertukaran untuk keamanan. Walaubagaimanapun, Raja Aelle mempunyai rancangan yang berbeza untuk mereka yang berada di utara.

Diarahkan oleh: Ken Girotti
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 8: Sacrifice
Siaran Perdana pada 17 November, Ahad jam 10 malam
Penziarahan tradisional ke Uppsalla bagi menghargai tuhan-tuhan membawa emosI kepada Ragnar, Lagertha, dan Athelstan. Ragnar, yang menjauhkan diri daripada isterinya mencari keamanan akibat daripada keguguran yang dialami oleh Lagertha. Lagertha ingin mengetahui jika dia akan mempunyai lebih ramai anak lelaki di masa hadapan. Tatkala orang Viking bersama berkorban dan bersyukur kepada tuhan, Athelstan mendapati betapa kuatnya keimanannya terhadap agama Kristian.

Diarahkan oleh: Ken Girotti
Ditulis oleh: Michael Hirst

Episod 9: All Change
Siaran Perdana pada 24 November, Ahad jam 10 malam
Berikutan perintah Raja Horik, Ragnar mengumpulkan sekumpulan kecil untuk mengembara ke Gotaland (Sweden pada masa sekarang) bagi menyelesaikan pertelingkahan tanah bersama ketua kawasan, Jarl Borg. Kemasyhuran Ragnar mendahuluinya dan Jarl Borg tertarik. Adakah dia menemui satu sekutu baru atau adakah Ragnar sekadar boneka raja? Sementara itu, terdapat sebuah wabak yang melanda Kattegat, dan para penduduknya meminta bantuan Lagertha untuk menenangkan tuhan-tuhan.

Diarahkan oleh: Ken Girotti
Ditulis oleh: Michael Hirst

BARISAN PELAKON

Ragnar Lothbrok (Travis Fimmel)

Berdasarkan pada kehidupan sebenar ketua Viking yang keluar dari Scandinavia dan ke pentas dunia pada abad ke-8, Ragnar Lothbrok merupakan lelaki cukup berkarisma yang sentiasa mencari merentasi sempadan dan dunia baru untuk dikuasainya.

Ragnar, yang merupakan seorang petani bersama dengan isteri dan keluarganya, berasa kecewa dengan polisi ketua tempatan, Earl Haraldson, yang menghantar orang Viking menyerang kawasan timur pada setiap musim panas, ke negeri-negeri Baltik dan Rusia yang mana penduduknya sedaif mereka.

Ragnar sendiri pernah terdengar tentang dunia yang lebih bertamadun dan lebih kaya di seberang lautan ke kawasan Barat, dan dia bersemangat untuk mencari dunia baru ini. Dia juga mendakwa dirinya keturunan tuhan orang Norse iaitu Odin, yang bukan sahaja tuhan pahlawan dalam peperangan, tetapi juga tuhan yang sentiasa ingin tahu. Ragnar berasa cukup rapat dengan tuhannya dan ini mencetuskan ideanya untuk membina sebuah kapal yang mampu melayari lautan terbuka serta mencari laluan untuk menyeberanginya.

Earl Haraldson (Gabriel Byrne)

Earl Haraldson merupakan pemerintah tempatan paling penting di daerah Ragnar yang mempunyai visi yang terhad. Dia mensyaki cita-cita Ragnar lantas bersemuka dengan Ragnar demi mengekalkan usahanya untuk mendapatkan kuasa dan kegemilangan.

Athelstan (George Blagden)
Athelstan merupakan seorang rahib muda dan lurus yang tinggal di sebuah biara terpencil di Lindisfarne, pantai Northumbria England. Untuk berabad lama, tiada apa yang menggugat keamanan dan kesejahteraan tempat ini sehinggalah orang Viking muncul. Daripada sikap mereka terhadap tuhan, seks dan korban, orang Viking pastinya mempunyai budaya yang berbeza dengan golongan Athelstan.

Lagertha (Katheryn Winnick)

Lagertha adalah isteri kepada Ragnar Lothbrok dan perkahwinan mereka berdasarkan rasa cinta. Dia seorang pahlawan yang kuat. Dia berjuang di sebalik tembok perisai bersama suami dan saudara lelakinya. Dia cukup berdikari dan amat melindungi keluarganya, dan sanggup menemani suaminya dalam serangan yang berani dan merbahaya. Dalam masyarakat Viking, kaum wanita menikmati banyak hak dan peluang, seperti boleh menceraikan suami mereka, memiliki harta dan akhirnya mampu berkuasa.

Rollo (Clive Standen)

Watak Rollo, saudara lelaki Ragnar adalah impulsif, bebas dan kompulsif. Hubungan antara Rollo dan Ragnar tegang dan sukar ditelah. Ragnar meragui kesetiaan saudara lelakinya tapi semua itu tidak disisihkan kerana Rollo merupakan seorang pahlawan yang berani.

Siggy (Jessalyn Gilsig)

Siggy adalah isteri kepada Earl Haraldson. Dia cantik dan enigmatic, dan dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dengan penuh gaya, tetapi dia sebenarnya tidak setia terhadap suaminya.

Floki (Gustaf Skarsgard)

Sebahagian daripada watak Floki berdasarkan kepada tuhan orang Norse, Loki. Floki seorang pembuat kapal yang mencipta dan membina prototaip kapal-kapal Viking generasi baru, yang mampu belayar di lautan terbuka serta sungai-sungai yang cetek. Dia seorang pakar rekaan dan dia membenarkan Ragnar memenuhi impiannya untuk mencari tanad dan tamadun baru. Floki merupakan seorang yang kelakar dan juga rakan karib Ragnar.
Bjorn (Nathan O’Toole)
Anak kepada Ragnar dan Lagertha, yang berusia 14 tahun.

BIOGRAFI PELAKON

Travis Fimmel sebagai “Ragnar”
Travis Fimmel, seorang warga Australia, bakal berlakon bersama Billy Bob Thornton dalam filem The Baytown Outlaws pada Musim Bunga 2013. Baru-baru ini beliau turut berlakon dalam filem Harodim, bersama dengan Peter Fonda. Antara filem lain yang dibintanginya termasuklah Ivory Trade, Needle dan Restraint bersama Teresa Palmer dan Stephen Moyer. Di kaca TV pula, dia pernah berlakon bersama mendiang Patrick Swayze dalam siri The Beast dan juga The Experiment bersama Adrien Brody dan Forest Whitaker.

Gabriel Byrne sebagai “Earl Haraldson”
Gabriel Byrne memulakan kerjaya lakonannya bersama Ireland’s Focus Theatre dan Abbey Theatre yang masyhur. Kemudian, beliau menyertai London’s Royal Court Theatre dan Royal National Theatre, dimana beliau membawakan peranan utama, sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.

Di Broadway, dia pernah menerima nominasi anugerah Tony untuk persembahannya dalam Moon for the Misbegotten, sebua hasil karya Eugene O’Neills, dan memenangi Anugerah Outer Critics Circle untuk Pelakon Terbaik bagi persembahannya dalam satu lagi persembahan O’Neill iaitu A Touch of the Poet.

Byrne pernah bekerjasama dengan beberapa pengarah terkemuka filem termasuklah Coen Brothers, Wim Wenders, Costa-Gavras, Jim Jarmusch, Ken Loach, John Boorman, David Cronenberg dan Bryan Singer. Beliau telah membintangi dalam lebih daripada 35 filem cereka termasuklah Excalibur, Miller’s Crossing, Into the West, The Point of No Return, Little Women, The Usual Suspects, Dead Man, The End of Violence, The Man in the Iron Mask, Vanity Fair, Jindabyne dan Wah-Wah.

Kemunculannya di kaca TV termasuklah Weapons of Mass Distraction dan In Treatment pada saluran HBO. Untuk In Treatment, beliau dicalonkan sebanyak 2 kali untuk anugerah Emmy dan menerima Anugerah Golden Globe untuk Lakonan Terbaik oleh Pelakon dalam Siri TV – Drama. Anugerah yang pernah beliau terima termasuklah Anugerah Academy bagi filem In the Name of the Father dan Into the West.

2011 menyaksikan beliau berlakon dalam filem All Things to All Men yang diarahkan oleh George Isaac, dan Costa Gavras’ Le Capital. Beliau baru sahaja selesai berlakon dalam filem Jérôme Bonnell Adventuretime, dan siri mini Secret State Saluran 4 Ireland yang diarahkan oleh Ed Fraiman. Lakonan seterus beliau dapat disaksikan melalui filem adaptasi Benjamin Black bagi siri Quirke, dimana beliau membawa watak utama.

George Blagden sebagai “Athelstan”
George Blagden dilihat berlakon dalam filem Wrath of the Titans dan baru-baru ini membawa watak utama Grantaire dalam Les Miserables, sebuah karya muzikal dari Universal yang diarahkan oleh pengarah yang memenangi Anugerah Academy, Tom Hooper. Beliau belajar di Sekolah Drama Guilhall dengan biasiswa penuh. Sebaik sahaja tamat pelajaran, beliau memulakan penggambaran bagi filem pertamanya, The Philosophers, yang dilakon oleh Rhys Wakefield, Sophie Lowe, James D’Arcy dan Darryl Sabara.

Katheryn Winnick sebagai “Lagertha”
Katheryn Winnick yang dilahirkan di Kanada bakal muncul di samping Kurt Russell dan Matt Dillon dalam filem The Black Marks; dan juga sebagai bekas teman wanita Charlie Sheen dalam filem A Glimpse Inside the Mind of Charles Swan III. Antara filem terbaru yang turut dibintangi beliau termasuklah Love and Other Drugs bersama Jake Gyllenhaal dan Anne Hathaway; dan Killers bersama Ashton Kutcher dan Katherine Heigl (beliau dikatakan melakukan aksi ngerinya sendiri di dalam filem ini). Wataknya dalam filem Cold Souls pada tahun 2009 bersama dengan Paul Giamatti, Emily Watson dan David Straiham telah melayakkannya untuk menerima anugerah Watak Terbaik dalam Anugerah Independent Spirit. Di kaca TV, Winnick terkenal dengan wataknya sebagai wanita idaman David Borneaz dalam siri Bones.

Winnick bukan sahaja bintang yang semakin menyerlah di Hollywood, malah beliau mempunyai kemahiran dalam mempertahankan diri. Selepas menerima tali pinggang hitam pada usia 13 tahun, beliau bertanding pada peringkat kebangsaan di Kanada, membuka sebuah sekolah taekwando sekitar Toronto, dan berlatih sebagai pengawal peribadi berlesen. Kini, beliau memegang tali pinggang hitam tahap tiga dalam taekwando dan tali pinggang hitam dalam karate.

Clive Standen sebagai “Rollo”
Standen bakal disaksikan dalam filem Vertigo bertajuk Hammer of the Gods pada awal tahun 2013. Namun beliau lebih dikenali melalui watak Sir Gawain dalam siri asal Starz Camelot, di samping Joseph Fiennes; dan juga wataknya dalam siri BBC Amerika Robin Hood. Sebelum itu, beliau berlakon sebagai Prebet Carl Harris dalam siri sains fiksyen BBC Doctor Who dan membintangi drama Operation Barras yang mengisahkan misi SAS di Sierra Leon.

Standen dilatih menjadi pelakon di National Youth Theatre, the National Youth Music Theatre dan juga London Academy of Dramatic Art, dan muncul membawa watak teater di Royal Albert Hall dan Shakespeare’s Globe Theatre, serta juga teater Tom Stoppard, The Invention of Love.

Dilahirkan di sebuah pangkalan tentera British di Hollywood, County Down, Northern Ireland, Standen berpindah ke England pada usia 5 tahun. Beliau melakukan aksi ngeri dan lawan pedang, dan pada zaman remajanya, beliau bekerja dengan pasukan aksi ngeri professional; mengasah kemahiran seperti menunggang kuda, berlawan tombak dan pedang. Sebagai seorang yang meminati seni mempertahankan diri, beliau juga mempelajari Muay Thai dan menjadi seorang juara kebangsaan yang belum lagi dapat dikalahkan.

Jessalyn Gilsig sebagai “Siggy”
Jessalyn Gilsig pernah memegang watak utama dalam siri Glee, Nip/Tuck, and Boston Public, dan juga Heroes, Friday Night Lights, CSI: NY, Prison Break, The Practice, dan NYPD Blue. Bagi filem pula, beliau baru-baru ini muncul dalam Prom Night dan Stepfather. Beliau turut berlakon dalam filem aksi XIII di samping Val Kilmer dan Stephen Dorff. Beliau juga pernah berkerjasama dengan Robert Redford dalam filem The Horse Whisperer dan muncul sebagai anak perempuan Sally Field dalam A Cooler Climate. Seterusnya, beliau akan membintangi filem bebas bertajuk Somewhere Slow dimana beliau bertindak sebagai produser dan pelakon.

Berasal dari Montreal, Gilsig belajar di Teater Harvard’s American Repertory dan kini dia menetap di Los Angeles.

Gustaf Skarsgard sebagai “Floki”
Gustaf Skarsgard adalah antara pelakon paling terkenal dan prolifik di Sweden. Beliau mula berlakon seawal usia 9 tahun di samping ayahnya, Stellan, dalam filem Cod Name: Coq Rouge. Selepas tamat pelajaran di Stockholm Academy of Dramatic Arts pada tahun 2003, beliau menjadi ahli dalam Royal Dramatic Theatre. Skarsgard membintangi banyak flem Sweden yang berjaya, antaranya ialah Evil (dicalonkan untuk anugerah Guldbagge untuk Watak Pelakon Pembantu Terbaik, satu acara anugerah di Sweden yang setaraf dengan Anugerah Academy), The Invisible, Kidz In da Hood (memperolehi anugerah Guldbagge untuk lakonan utamanya) dan banyak lagi. Pada tahun 2007, beliau menerima Anugerah European Film Academy’s Shooting Star. Filem terkini beliau termasuklah filem sentuhan Peter Weir, The Way Back (bersama Ed Harris dan Colin Farell) dan juga drama pengembaraan Norway bertajuk KonTiki.

BIOGRAFI AHLI PENERBIT

Michael Hirst, Penulis dan Penerbit Eksekutif

Michael Hirst, antara pencerita sejarah terkenal dalam industri menjadi seorangpenulis skrin selama hampir 30 tahun. Filem-filemnya termasuklah The Ballad of the Sad Café, Fools of Fortune dan Elizabeth, yang telah dicalonkan untuk enam Anugerah Academy termasuklah Filem Terbaik. Beliau menghasilkan, menerbitkan serta menulis setiap episod bagi siri TV The Tudors. Sebagai tambahan, beliau juga menulis setiap episod untuk siri Vikings di saluran HISTORY™.
Hirst dilahirkan di Bradford, West Yorkshire pada tahun 1952, dan membesar di kawasan Ilkley, di pinggiran medan yang tidak jauh daripada “Wuthering Heights.” Beliau memperoleh pendidikannya di Bradford Grammar School, the London School of Economics, University of Nottingham – dimana beliau menerima Ijazah Kelas Pertama dalam Kesusasteraan Inggeris dan Amerika, dan juga di Kolej Trinity, Oxford, dimana beliau mempelajari cerita-cerita pendek Henry James. Hirst kini menetap di Oxfordshire, England bersama isterinya. Mereka dikurniakan sembilan orang anak.

Morgan O’Sullivan, Produser Eksekutif

Morgan O’Sullivan merupakan penerbit berpangkalan di Ireland, dan filem terbitan beliau termasuklah Braveheart, Angela’s Ashes, Animal Farm, David Copperfield, The Count of Monte Cristo dan King Arthur, Ella Enchanted, Becoming Jane, P.S. I Love You, dan Leap Year. Beliau merupakan penerbit eksekutif bagi siri The Tudors, dan pada tahun 2011 menerima anugerah Outstanding Contribution bagi bidang perfileman Ireland dari Irish Film & Television Academy (IFTA).
Sebelum menerbitkan filem untuk teater dan televisyen, beliau merupakan penyiar terkenal di Ireland bersama bersama Radio Telifis Éireann, yang menyiarkan program radio harian. Beliau juga bertindak sebagai Pengarah Urusan Ardmore Studios pada tahun 1980-an, serta bekas ahli Bord Scánann na hÉireann / Lembagai Filem Ireland.

Johan Renck, Pengarah (episod 1-3)

Johan Renck dinamai oleh majalah Perancis CB News sebagai “pengarah nombor satu iklan dan video muzik di dunia”. Beliau pernah bekerja dengan artis seperti Kylie Minogue, New Order, Madonna, Libertines, dan The Streets, dengan juga jenama terkenal seperti Nike, Levi’s, Mercedes, Dom Perignon dan H&M. Beliau menerima pencalonan Anugerah MTV bagi video muzik Madonna dan Beyoncé, dan memenangi Anugerah VPA Award bagi video muziknya untuk The Streets. Renck juga pernah merakam siri Breaking Bad dan The Walking Dead.

Ciaran Donnelly, Pengarah (episod 4-6)

Ciaran Donnelly merupakan seorang anak jati Dublin, Ireland dan telah mengarah siri drama televisyen waktu utama di peringkat antarabangsa sejak 10 tahun yang lalu. Hasil kerjanya termasuklah Camelot, The Tudors dan Titanic Blood and Steel. Sepanjang kerjayanya beliau telah mengarahkan siri televisyen BAFTA, RTS dan IFTA.

Ken Girotti, Pengarah (episod 7-9)

Ken Girotti merupakan seorang pengarah televisyen prolifik yang menghasilkan Covert Affairs, Nikita, Missing, 24, Street Time, Burn Notice dan lain-lain. Beliau juga mengarahkan episod-episod untuk Flashpoint, Haven (Stephen King), Rescue Me, Royal Pains, Fairly Legal, Damages, Saving Hope, dan francais Law and Order.

PETIKAN KATA-KATA PENGKRITIK
“…siri yang ditambahbaik dengan kesan, berserta pemandangan yang menarik dan paparan dinamik adi wira dan drama fizikal.” – NY Times
“Dibarisi pelakon yang sasa dan kerap memaparkan peperangan, nyata dan dikoreograf dengan penuh rapi.” – NY Times
“Vikings nampak sangat bagus.” – Tvline
“Watak-wataknya ketara, bahaya tidak dapat dielakkan dan penuis skrip/penerbit Michael Hirst menyulam dalam mitos dan budaya Scandinavia, di samping babak pertarungan seperti yang telah dijangkakan. Ia merupakan gabungan sempurna bagi sebuah siri mengembara-aksi buat saluran History .” – Multichannel News
“Peminat siri seperti ‘Game of Thrones’ dan ‘The Tudors’ pastinya teruja dengan siri baru saluran History iaitu ‘Vikings’” – Monsters and Critics

“Siri ini memaparkan barisan watak sehebat ‘Sons of Anarchy’ dan ‘Spartacus’, penuh dengan ciri kekeluargaan yang disertai dengan aksi watak utama Ragnar Lothbrok (Travis Fimmel), yang mana mata birunya berpandangan tajam dan tocang ala Mohawk mungkin menjadi gaya baru bagi lelaki” – Monsters and Critics
“…siri Vikings baru dari saluran History menggambarkan pertumpahan darah yang ketara.”- Washington Post
“anda pasti akan seronok apabila menonton siri pengembaraan ini yang tertumpu sepenuhnya pada struktur kewiraan , dan anda akan terpaku dengan penjiwaan hebat dari Travis Fimmel sebagai wiranya” – USA Today

““Vikings” mengagumkan dengan gayanya yang cukup jelas. Anda dapat mengagak yang siri ini bakal menjadi pememang” – Orlando Sentinel

“….pemandangan yang cukup hebat dan perincian tertumpu pada penerbitan” – Associated Press

“Ia satu kajian watak, stamina, kuasa dalam cara yang menarik dari sudut sosial dan emosi yang cukup menyegarkan intelektual…” – Wall Street Journal
“…perlawanan pedang yang hebat, konteks yang hidup dan penuh serpihan bersejarah” – LA Times
“ … menarik dan kompleks.”- LA Times
“…sinematografinya amat luar biasa.” – New York Times
“…satu pengembaraan yang akan membawa kepada apa jua arah yang pastinya menakjubkan.” – The Plain Dealer
“…paparan orang Viking dari tiga dimensi, penyerahan diri kepada tuhan, keluarga, pembinaan kapal dan juga bentuk demokrasi yang primitif.” – Minneapolis Star Tribune
“Siri yang cukup luar biasa – 5 bintang” – Monsters & Critics
“Menarik dari segi cerita, dan dizahirkan dengan indah sekali. Siri ini merupakan usaha terbaik yang akan disukai semua ”. – Monsters & Critics

Fakta-fakta lain dan kata-kata petikan tentang “Vikings”

• Dengan bajet sekitar $40 juta, “Vikings” merupakan siri yang terbesar bagi saluran HISTORY™ buat masa kini, dan Cik Dubuc berkata bahawa beliau optimis ia akan mencapai lebih penonton lelaki dan seumpanya menarik penonton wanita seumpamanya.
• (Nancy Dubuc ialah Ketua Pegawai Eksekutif A&E Networks)

• Pihak penerbitan juga membina 2 kapal Viking sepanjang 56 kaki, yang telah dibina di Republik Czech, dan menempah perabotnya dari India, dimana pasar terbuka mereka turut menyediakan peralatan untuk siri ini termasuklah goblet logam dan barangan harian yang rekaannya hampir sama dengan rekaan orang Viking.

• New York, NY, (4 Mac, 2013) –VIKINGS mencatat jumlah penonton seramai 8.3 juta selepas siaran perdana pada hari Ahad, 3 Mac, yang mana 3.4 juta adalah orang dewasa berumur 18-49 tahun dan 3.8 juta orang dewasa berusia 25-54 tahun. Siri pertama berskrip pada saluran HISTORY™ ini berjaya mengumpul 6.2 juta penonton pada slot perdana pukul 10 malam, 2.7 juta orang dewasa berusia 25-54 tahun dan 2.5 juta bagi orang dewasa berumur 18-49 tahun. VIKINGS menjadi siri kabel baru nombor 1 yang dilancarkan dari segi jumlah penonton dan golongan dewasa berusia 25-54 tahun. Pada siaran jam 10 malam, VIKINGS menerajui rangkaian semua penyiaran di kalangan dewasa berusia 18-49 tahun.

• New York, NY (30 April, 2013) – Episod akhir yang dinanti-nantikan bagi siri VIKINGS pada hari Ahad, 28 April jam10 malam berjaya meraih seramai 3.6 juta penonton, yang mana 1.8 juta penonton adalah golongan dewasa berusia 25-54 tahun dan 1.7 juta bagi golongan dewasa antara 18-49 tahun. Episod akhir ini telah memacu saluran HISTORY™ untuk menjadi saluran nombor satu di kalangan golongan dewasa berusia 25-54 tahun untuk siaran jam 10 malam, dan juga di kalangan dewasa berusia 25-54 tahun. Selama sembilan minggu tersebut, siri drama ini berjaya menjadi siri nombor satu pada tahun ini, dengan purata seramai 4.3 juta penonton, yang mana 2 juta daripadanya adalah di kalangan dewasa berusia 25-54 tahun, dan 1.8 juta orang dewasa berusia 18-49 tahun. Saluran HISTORY™ telah menetapkan untuk menyiarkan 10 episod bagi siri VIKINGS musim kedua. Penerbitan musim kedua ini bakal dimulakan pada musim panas ini dan dijangkakan kembali ke kaca TV pada tahun 2014. VIKINGS mengisahkan cerita luar biasa kehidupan dan pengembaraan epik para pahlawan. Drama ini menggambarkan para penyerang, pedagang dan peneroka di Zaman Gelap yang diperikan daripada pandangan masyarakat Viking sendiri.

• New York, New York, (5 April, 2013) – HISTORY™ bakal menayangkan VIKINGS, siri drama 10 episod bagi musim kedua. Ia telah diumumkan hari ini oleh Dirk Hoogstra, Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan dan Program bagi saluran HISTORY™. Dihasilkan dan ditulis oleh Michael Hirst, musim kedua siri ini diumumkan selepas hanya lima episod.

• VIKINGS terus menjadi siri kabel baru nombor satu pada tahun 2013 dan telah memacu saluran HISTORY™ menjadi saluran kabel nombor satu bagi siaran pada hari Ahad, jam 10-11 malam. Selama 5 minggu, drama ini berjaya mengumpul purata 5 juta penonton, yang mana 2.2 juta adalah penonton dewasa berusia 25-54 dan 1.9 juta penonton berusia 18-49 tahun. Pada Ahad lepas, episod lima mengumpul 4.7 juta penonton, yang mana 2.2 juta adalah orang dewasa berusia 25-54 tahun, dan 1.7 juta lagi adalah dewasa berusia 18-49 tahun. Ini merupakan peningkatan sebanyak 4% dalam jumlah penonton dan penambahan 5% bagi golongan dewasa berusia 25-54 tahun, jika dibandingkan dengan minggu lepas.

Mengenai HISTORY™ dan HISTORY HD™
HISTORY™ dan HISTORY HD™ merupakan destinasi hiburan terunggul bagi siri-siri sambutan ramai dan rancangan istimewa yang meraih pelbagai anugerah. Ia menghubungkan elemen sejarah dengan para penonton menerusi cara yang informatif dan menarik pada platformnya. Programnya meliputi pelbagai genre termasuklah watak kehidupan sebenar yang menempa sejarah setiap hari hinggalah ke sejarah semula jadi, sejarah kontemporari, teknologi dan sains, serta arkeologi dan budaya pop. Siri-siri yang mendapat sambutan hangat termasuklah Kings of Restoration, Invention Intervention, The Pickers, Ancient Aliens, Duck Dynasty, Counting Cars, Hidden Cities Extreme dan Ride N’ Seek. Untuk keterangan lanjut, sila layari:

Laman utama: www.historyasia.com
Laman Facebook: http://www.facebook.com/HistoryAsiaTV

Mengenai A+E Networks Asia
A+E Networks Asia dimiliki oleh A+E Networks™, sebuah syarikat media terkemuka global yang menawarkan komunikasi yang pelbagai termasuklah rangkaian televisyen hingga laman web, video/DVD untuk permainan dan juga perisian pendidikan. A+E Networks Asia terdiri daripada : Lifetime®, HISTORY®, bio.®, H2™ dan Crime & Investigation Network®. A+E Networks Asia beroperasi dan mengukuhkan portfolionya di Singapura, Malaysia, Brunei, Hong Kong, Taiwan, Kemboja, Indonesia, Filipina, Macau, Papua New Guinea, Myanmar, Laos, Vietnam, Palau dan Thailand. Ia juga menguruskan penyiaran saluran HISTORY® HD di Korea.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Best In The World di 8TV

Lirik Lagu Resolusi RJ Featuring Kilafairy