in ,

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

Menghiasi slot Ratu di TV9 menggantikan drama siri Satu Hari yang sudah tamat tayangannya pada 28 Januari lalu adalah sebuah lagi kisah cinta, pengorbanan mengungkapkan makna kesucian dan keikhlasan cinta seorang gadis buta berjudul Nasuha.

Drama bersiri 14 episod terbitan Zeel Production ini menampilkan gandingan pelakon mantap seperti Tasha Shilla sebagai Nasuha, Fattah Amin, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Miera Liyana dan Faye Khusairi. Turut membintangi drama ini adalah Ammar Alfian Aziz, Azhan Rani, Amyza Adnan, Fendi Seman serta Roy Azman.

Istimewanya, drama ini menyusuri kisah cinta seorang gadis buta yang mendambakan bahagia dalam hidupnya, kesabaran menempuh derita dan keikhlasannya dalam mencari cinta. Drama ini turut menampilkan lagu Dato Siti Nurhaliza berjudul ‘Terbaik Bagimu’ ciptaan sepenuhnya Ade Govinda serta lagu terbaru daripada Aweera berjudul ‘Terhakis’ sebagai lagu tema (OST). Nasuha yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua, ditulis skripnya oleh Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil bakal bersiaran di TV9 pada jam 8.30 malam mulai 3 Februari 2015.

Nasuha mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid.

Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah.

Kehilangan Zahid benar-benar member tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha.

Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar? Apakah Nasuha mengecap bahagia dalam hidupnya?

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

Sinopsis Drama Bersiri NASUHA Lakonan Tasha Shilla

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Photoshoot Raphael Depp Newborn Baby Nurul Wahab

ROAD TO RAMLEE Lakonan Iedil Putra Episod 1