in ,

Sinopsis Drama Bersiri KALAU DAH PEREMPUAN

Pelbagai Ragam Wanita Dalam Drama Bersiri “Kalau Dah Perempuan” di TVi. Lina sangat mementingkan penampilannya. Dia memegang satu prinsip hidup yang mengatakan bahawa “beauty starts from inside”. Dia sanggup berbuat apa saja hanya untuk kelihatan cantik dan bergaya.

Kisah yang berlaku ini antara babak menarik yang di ketengahkan dalam sebuah drama bersiri “Kalau Dah Perempuan” mengisahkan tentang pelbagai ragam wanita yang sedang bersiaran di TVi, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang.

poster Kalau Dah Perempuan

Diterajui oleh pelakon Julia Ziegler, Jasmin Hamid, Rosnah Mat Aris, Azhar Sulaiman, Reza Hasbi, Raja Ema, Liza Abdullah, Kristina Vinokree, Kenchana Dewi dan Ruzana Ibrahim.

Drama bersiri ini mengangkat watak utama Aisyah dan Sakinah. Mereka berdua mempunyai pelbagai kerenah serta kemahuan dalam memenuhi kepuasan dan kehendak hati.

Aisyah dan Sakinah terlalu obses dengan sesuatu benda atau perkara sehingga menyebabkan kerugian sama ada dalam bentuk hubungan dengan lelaki, wang ringgit, masa, maruah, atau apa sahaja. Namun begitu, sikap obses ini kadang-kala turut mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Kisah ini juga boleh dijadikan sebuah ensiklopedia/ kamus psikologi hubungan wanita – lelaki dalam bentuk hiburan santai untuk kita memahami kehendak dan rahsia wanita. Dalam pada itu, penulis juga tidak lupa untuk merungkai kehendak dan rahsia lelaki.

13 episod ini menampilkan cerita yang berbeza dan melibatkan artis yang berlainan. Unsur komedi ringan turut diterapkan didalam kisah ini bagi menghiburkan dan dalam masa yang sama memberi pengajaran berguna pada penonton.

Kongsikan babak yang diselitkan dengan pengajaran berguna buat kaum hawa ini hanya di TVi.


watak utama ... Jasmin Hamid

JULIA ZIEGLER

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Menangi R7 Plus FC Barcelona Edition Berharga RM 2,988

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Artis Youtube LADYBABY