in ,

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

[dropcap]T[/dropcap]erbaru di slot Samarinda, drama bersiri 15 episod terbitan Temenggong Pictures, Fira Ayuni bakal menemui penonton bermula 24 September 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Isma Aizal Yusoff dan nukilan skrip oleh Siti Soleha Abdul Ghani ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana, Dato’ Eizlan Yusoff, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Minat jadi komposer dihalang keluarga

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

[dropcap]M[/dropcap]engisahkan ranjau perjalanan hidup seorang anak gadis berusia 21 tahun yang bernama Fira Ayuni (Faralyna Idris). Fira adalah anak tunggal kepada pasangan ahli perniagaan, Datuk Farid (Eizlan Yusoff) dan Datin Shamsiah (Fazlina Ahmad Daud). Sejak dari kecil kehidupan Fira sangat bahagia, disayangi dan dimanja sentiasa. Malah, Datin Shamsiah juga menghantar Fira ke sekolah muzik pada setiap petang sehingga muzik telah menjadi sebati dalam hidupnya.

Selain meminati muzik, Fira bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan seperti ayahnya. Untuk itu, Fira melanjutkan pelajarannya di dalam bidang pengurusan perniagan di sebuah kolej swasta di ibu negara. Walaupun sejak kecil dibesarkan dalam kemewahan, kehidupan Fira di kolej sederhana sahaja. Di kolej itu, Fira mempunyai seorang musuh ketat iaitu seniornya sendiri, Duqqi Amani (Azlee Khairi). Sejak hari orientasi lagi Duqqi sering dilihat suka mencari pasal dengan Fira.

Duqqi Amani, 23 tahun, juga berasal dari keluarga berada yang memiliki rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara. Disebabkan selama ini dia digilai perempuan hanya kerana harta keluarganya, Duqqi sengaja merubah cara hidupnya. Dia hanya ke kelas menaiki kereta lama.

[pullquote align=”right”]Drama bersiri slot Samarinda berjudul Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, Azlee Khairi, Shah Iskandar, Intan Ladyana dan ramai lagi mulai 24 September 2013, setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3. Musuh Dan Dendam Kerana Cinta…[/pullquote]

Kebahagiaan Fira mula direntap selepas Datin Shamsiah meninggal dunia akibat kanser usus. Datuk Farid tidak dapat menerima hakikat itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sibuk dan tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya. Sejak itu, Datuk Farid sudah tidak mempedulikan Fira Ayuni lagi. Daripada seorang bapa yang penyayang, Datuk Farid menjadi seorang yang murung dan baran terhadap Fira.

Fira merantau dari satu tempat ke satu tempat mencari ketenangan dan cuba merawat kembali hatinya sehingga tiba di satu kawasan di pinggir ibu kota, Fira terjumpa dengan bekas pengasuhnya dahulu, Makcik Hasnah (Laila Nasir). Fira menceritakan segala apa yang telah berlaku kepada Makcik Hasnah. Makcik Hasnah sangat terkejut dan bersimpati lantas menawarkan Fira untuk tinggal bersama-sama serta berjanji akan membantu Fira mendapatkan pekerjaan.

Pertama kali dipertemukan dengan Fira, telah menerbitkan rasa cinta di hati Hadi Herwan (Shah Iskandar). Dia terpikat dengan kecantikan dan kelembutan Fira selain ketangkasan Fira dalam bekerja juga turut menarik minatnya terhadap gadis itu. Sejak itu, perhatian Hadi sering dilebihkan kepada Fira berbanding pekerja lain. Keadaan ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati Rozita (Intan Ladyana).

Duqqi dan Fira telah ditangkap khalwat dari kesilapan Duqqi sendiri yang mahu mengenakan Fira. Rozita geram rancangannya tidak menjadi tetapi sekurang-kurangnya dia berpuas hati kerana dapat melihat Hadi kecewa apabila Fira ditangkap khalwat dengan Duqqi. Ketika itu, barulah Fira tahu yang Duqqi sebenarnya adik Hadi.

Walaupun Fira telah menjadi adik iparnya, namun perasaan Hadi kepada Fira tidak berubah. Hampir setiap hari, Hadi akan memerhati Fira dari simpang ke rumah Makcik Hasnah. Setiap hujung minggu pula, dia akan menjadi tidak sabar-sabar menunggu Fira masuk kerja. Dia tahu Fira tidak bahagia, dia juga tahu bagaimana layanan adiknya terhadap Fira.

Jom Tonton Fira Ayuni

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul ‘Fira Ayuni’, mulai 24 September 2013, setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi portal www.tonton.com.my.

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Sinopsis Drama Bersiri Fira Ayuni

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto INFINITE One Great Step World Tour Concert In Seoul

MonoloQue & Siti Nurhaliza Tanah Airku Tanah Airmu Jua