in , ,

Sinopsis Drama Bersiri DIVA SEROJA Arahan Pali Yahya di TV3

Ikuti Rentak Jiwa Muda Diva Seroja!

Diva Seroja menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Mereka terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering membuat kekecohan di sekolah! 

Diva Seroja merupakan drama bersiri 13 episod terbitan Zamriez Golden Pictures. Drama arahan Pali Yahya ini bakal disiarkan di slot Lestary mulai 9 Jun 2023,  setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 atau strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. 

Sinopsis Drama Bersiri Diva Seroja Arahan Pali Yahya di TV3

Gabungan mantap daripada barisan pelakon berpengalaman dan baharu seperti Fasha Sandha, Puteri Balqis, Harissa Adlynn dan ramai lagi tentu membuatkan drama ini lebih menarik dan penonton tidak sabar untuk menyaksikan setiap episod.

Diva Seroja ini dianggotai oleh 5 pelajar iaitu Amanda (Puteri Balqis), Maya (Harissa Adlynn), Vivi (Amanda Tan), Shanty (Kashika Selvam), dan Leyla (Amira Syahira). Masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menimbulkan masalah di sekolah kerana terbawa-bawa dengan masalah keluarga mereka di rumah. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang timbul di sekolah!

Sinopsis Drama Bersiri Diva Seroja Arahan Pali Yahya di TV3

Perpindahan Cikgu Azlan (Nafiz Muaz), seorang cikgu yang memahami ahli Diva Seroja yang sedang menginjak dewasa, telah membuatkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan cikgu kesayangan mereka. 

Cikgu Azlan telah digantikan dengan Cikgu Suzila (Fasha Sandha), seorang guru yang berperwatakan lembut dan penyayang. 

Sinopsis Drama Bersiri Diva Seroja Arahan Pali Yahya di TV3

Cikgu Suzila telah menarik kesemua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Dapatkah kelima-lima mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan sekaligus mengubah perilaku mereka menjadi lebih baik? 

Berjayakah Cikgu Suzila membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka? 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria KLCC Lancar Kempen Golden Ticket, Menangi Ganjaran Baucar Beli-Belah 

Pizza Hut Lancar Kategori Makanan Baru Dengan ‘Melts’ & Ia Bukan Pizza!