in ,

Sinopsis Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 8

Sibuk sangat di PartyBudiey semalam, sah-sah la Budiey tak sempat nak tonton drama episod ke-8 Ammara Batrisya di TV9. Korang yang dah tonton, pastinya akan rasa Ammara ni ada something yang tak kena. Dan Batrisya pun masih tak perasan dan faham dengan taktik liar si Ammar ni.

Sedikit sinopsis yang Budiey boleh kongsikan dengan pembaca. Jangan lupa untuk menonton drama Ammara Batrisya episod ke-9 pada malam ini.

Ammara Damia telah menukar ubat mak Batrisya dengan sejenis dadah halusinasi yang menyebabkan emak Batrisya semakin hari menjadi seperti tidak keruan dengan bayangan yang macam-macam. Rayyan Mirza berulang kali cuba menghubungi Batrisya untuk menerangkan hal sebenarnya. Batrisya kecewa dan marah dengan sikap Rayyan Mirza yang cuba mencuranginya. Batrisya juga terpaksa berhadapan dengan kemelut di tempat kerjanya apabila Batrisya tidak hadir ke penggambaran yang dijadualkan untuknya. Batrisya menerangkan bahawa dia tidak menerima jadual penggambaran yang telah disediakan untuknya. Namun, usaha Batrisya menerangkan hal sebenar sia-sia sahaja kerana ketuanya tidak mempercayainya.

ammara 1

ammara 2

ammara 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari National Geographic Menarik di TV1

AirAsia Dapat Gelaran Syarikat Berpengurusan Terbaik Asia