in

Dokumentari National Geographic Menarik di TV1

Dokumentari-dokumentari terbaik dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Special On 1 : National Geography pukul 7.00 malam di TV1. Namun menariknya pengisian program pada 20 hingga 24 Januari depan padat dengan informasi kisah haiwan yang sebelum ini jarang anda dengari, kisah kapal terbesar di dunia juga kisah tragis bekas mangsa pengeboman atom Hiroshima yang ingin dikongsi sama dengan penonton setia RTM.

[pullquote align=”right”]Sama-sama ikuti kisah dokumentari bermula Race Against The Killer Flu (20 Januari), Realm of the Great White Bear (21 Januari), Thunder Dragons (22 Januari), Costa Concordia Disaster (23 Januari) dan Hiroshima – The Next Day (24 Januari).[/pullquote]

Dokumentari Race Against The Killer Flu membawa penonton mendekati tugasan dilakukan pasukan NatGeo menyertai sekumpulan saintis yang mengkaji dan mengenal pasti virus baru/selesema burung (avian flu) yang mula menular di Asia agar tidak menjadi wabak pembunuh ke seluruh dunia.

Menariknya dalam dokumentari Realm of the Great White Bear memaparkan aktiviti berlaku dalam waktu musim bunga, binatang semua keluar dari tempat mereka untuk mencari makan. Seekor beruang polar telah melahirkan dua anak dan dia kelaparan serta perlu mencari makan supaya dia boleh menyusukan anak kembarnya. Beruang ini juga kena menjaga anaknya daripada ancaman binatang lain yang dikhuatiri akan memakan anaknya.

Kenalkah anda dengan biawak benggala? Thunder Dragons yang menyusul kemudiannya membawa kisah biawak benggala sepanjang 8 kaki yang meronda di tepi pantai Pulau Sentinel, sebuah pulau yang terpencil di kepulauan Andaman. Terdapat juga beberapa binatang lain seperti ketam, tikus dan ular tedung besar yang berlawan untuk mencari makan.

Dalam Costa Concordia Disaster pula anda didedahkan dengan misteri Costa Concordia, kapal penumpang yang ke-26 paling besar di dunia, 13 tingkat hampir 1000 kaki tinggi dari paras air. Kapal itu belayar kemudian penumpang-penumpang terdengar bunyi yang kuat kerana telah terlanggar batu. Kapal itu tergolek dan ada gangguan elektrik. Bot-bot penyelamat dan penumpang-penumpang terperangkap dalam kapal.

Menerusi dokumentari Hiroshima – The Next Day, kongsikan kisah sedih dan tragis bekas mangsa pengeboman atom Hiroshima dan saintis kerajaan Amerika Syarikat dan anggota tentera dihantar untuk menganalisis pengiraan semula selepas kedua-dua mata jelas berbeza pandangan tentang kehancuran.

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan dokumentari-dokumentari menarik ini hanya di TV1.

ITALY-SHIPPING-TOURISM-ACCIDENT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Sinopsis Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 8