in , ,

Single Simfoni Bersama Ezad Lazim Berjudul TERUS Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, kumpulan Nasyid Simfoni kini mempertaruhkan single terbaru berjudul TERUS hasil ciptaan Fadzli Far East sebagai pencipta lagu dan Ito Lara sebagai penulis lirik.

Menurut ketua kumpulan Simfoni iaitu Imtiaz, susunan muzik bagi lagu ini disusun oleh Amybong manakala penerbit oleh Fadzli Far East dan Wan Sallehuddin. 

“Untuk Single kali ini, kami turut berkolaborasi dengan penyanyi legenda dari band popular 90-an iaitu Ezad Lazim dari kumpulan Exists” tambah Imtiaz lagi. 

“Kami memilih Ezad sebagai rakan duet kerana lontaran vokal dan aura dimiliki Ezad dilihat mampu memberi rasa dan variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre pop seperti Ini” Jawab Anas pula apabila ditanya kenapa Ezad Lazim menjadi pilihan duet bersama Simfoni. 

“Lagu TERUS  juga sebenarnya merupakan hadiah dari Fadzli Far East kepada saya atas kemenangan saya menerusi pertandingan nyanyian semula lagu Fadzli Far East berjudul  ” Carilah Aku di Neraka” pada tahun 2019 dan saya memilih untuk menyanyikan lagu ini bersama kumpulan saya iaitu Simfoni” tambah Ifham. 

“TERUS sebuah lagu yang munyuntik  semangat kepada pendengar supaya bangkit dan tidak mudah mengalah dalam apa jua situasi sukar yang dilalui dalam hidup. Setiap cabaran yang dilalui harus dijadikan penguat untuk bangkit dan tidak berhenti dalam usaha memperbaiki diri dari segala aspek samaada kerjaya, pembangunan diri ,keluarga,pendidikan dan sebagainya” Ujar Firdaus menjelaskan maksud di sebalik lagu ini. 

Single Simfoni Bersama Ezad Lazim Berjudul TERUS Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19

Penggambaran video muzik lagu TERUS  dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Cafe The Place by DECO Alor Setar, Dewan Besar Ukir Mall Alor Setar, dan Masjid Sharifah Fatimah Jitra yang baru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia 2020. 

Ditanya mengenai harapan kumpulan Simfoni terhadap lagu ini, Hazran menjawab “Kami mengharapkan lagu ini akan diterima ramai peminat, khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan” 

Single Simfoni Bersama Ezad Lazim Berjudul TERUS Sentuh Isu Ujian Ketika Pandemik Covid-19
Ezad Lazim

Video Muzik Lagu TERUS boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Records pada 16 April 2021 dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox  atau  menerusi  permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

‘Setiap Setengah Jam Polis Datang’, Peserta Program Jawab Dakwaan Tak Ikut S0P