in ,

Single Pertama Arul Rasheed Jagakan Dia Kini Trending di Youtube Malaysia

Arul Rasheed. Satu figura yang dikenali di laman Tiktok. Setiap contentnya sentiasa mencecah ratusan ribu hingga jutaan tontonan.

Kebanyakan konten nya adalah tentang kehidupan seharian nya dan juga nyanyian beliau sendiri. 

Setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam media sosial, Arul akhirnya mengeluarkan single pertamanya yang berjudul Jagakan Dia. Lagu nukilan Aiman Sidek dan liriknya juga dari Aiman sidek. 

Single Pertama Arul Rasheed Jagakan Dia Kini Trending

Pelantun cinta terakhir, cinta sejati, bunga dhia dan banyak lagi lagu lain. Juga komposer untuk lagu wanita terbaik nyanyian furqan fawwaz, tulus dari adi priyo dan nabila razali serta banyak lagi lagu lain. Jagakan dia juga diedarkan di bawah syarikat NAR Records sdn bhd. 

Single Pertama Arul Rasheed Jagakan Dia Kini Trending

Menurut Arul, dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari linkungan media sosial. Bukan kerana takut. Cuma masanya belum lagi sesuai sebelum ini. Jadi sekarang adalah masa yang paling tepat untuk Arul sendiri mencuba keluar dari kepompong kebiasaannya.  

Peluang yang diberikan Aiman Sidek dan Nar Records menjadi pemangkin kepada Arul untuk terus mencuba dan berjaya dalam industri muzik malaysia. 

Jagakan dia adalah sebuah lagu yang indah dan mempunyai maksud tersendiri. Ianya boleh jadi kisah cinta, persahabatan ataupun kekeluargaan. Mengikut interpretasi individu masing masing. 

Arul harapkan lagu Jagakan Dia dapat menambat hati para pendengar malaysia mahupun negara serantau. Semoga Jagakan Dia dapat bawa Arul lebih jauh dalam industri muzik tanah air khususnya. 

Selepas sehari keluarnya muzik video Jagakan Dia, ianya telah mencecah      tontonan 100 ribu tonton dan trending di Youtube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Langgar Hak Cipta Lagu, Komposer Indonesia Ari Bias Tuntut RM3Juta

Pierre Andre Ada Alasan Tak Mahu Guna Telefon Bimbit Selama 10 Tahun