in ,

Single Baru Lan Relate Dengan Krisis Bersama Kristal

BERGERAK solo sejak hujung tahun lalu, Lan Solo mendedahkan bahawa single terbaharunya, Berpisah Tanpa Rela merupakan luahannya mengenai kontroversi berpisah dengan kumpulan Kristal.

Bagaimanapun, Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof berkata, dia bukannya mahu menghangatkan semula isu berkenaan sewaktu menghasilkan lagu tersebut.

Sebaliknya, ianya digubah hanyalah sebagai luahan peribadinya yang disampaikan melalui lagu.

Lan Solo

“Pada awalnya saya ingin menulis lagu cinta tentang kekasih tetapi saya mahu Berpisah Tanpa Rela mempunyai elemen peribadi tentang diri saya.

“Jujurnya saya bukan ingin mengungkit tentang apa yang berlaku kerana saya sendiri pun dah ‘tutup buku’ cuma ini sekadar luahan dalam lagu,” katanya dipetik mStar Online.

Pada November tahun lalu, Lan mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan Kristal selepas pemain gitar utama kumpulan itu, Rody mengumumkan bahawa Lan direhatkan dan mereka sedang mencari vokalis baharu.

Konflik berkenaan dilaporkan timbul disebabkan anggota kumpulan Kristal terasa hati dengan tindakan Lan menyertai program realiti GegarVaganza 4 (GV4) secara solo tanpa memberitahu mereka.

Lan Solo

Dalam pada itu, Lan menyifatkan penghasilan lagu Berpisah Tanpa Rela yang diciptanya sendiri itu bukan bermaksud dia masih belum meneruskan kehidupannya selepas keluar daripada kumpulan Kristal.

Ujarnya, dia mahu mengembangkan lagi karier solonya malah tidak terbuka hati pun untuk kembali ke pangkuan kumpulan tersebut buat masa ini.

“Orang mungkin kata saya belum move on tetapi saya anggap lagu ini seperti seseorang yang teringat kekasih lama tetapi dia sudah meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Walaupun ada kesan mendalam pada diri saya tetapi saya sudah ‘move on’ dengan apa juga yang berlaku di antara kami sebelum ini.

“Malah tak terfikir pun untuk kembali bersama buat masa ini kerana luka di hati ini pun belum sembuh!” jelasnya.

Lan Solo

Mengulas lanjut mengenai lagu solo pertamanya itu, Lan berkata dia menghasilkan lagu tersebut selepas berakhirnya program GV4 pada hujung tahun lalu.

Tambah Lan, dia menghasilkan lagu bergenre pop balada untuk kerjayanya sebagai penyanyi solo kerana sememangnya menyukai dan selesa dengan irama tersebut selain mahu membawa kelainan kepada kariernya selepas 20 tahun menyanyikan lagu rock bersama Kristal.

“Saya masih Lan yang dulu tetapi apabila bergerak solo saya perlu ikut jiwa saya selain permintaan pasaran dan kegemaran pendengar ketika ini.

“Pada awalnya ada juga peminat tegar sejak bersama Kristal dahulu tidak suka dengan perubahan dilakukan tetapi Alhamdulillah sokongan diterima lebih banyak daripada kritikan,” jelasnya lagi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NETFLIX Debuts Main Trailer And New Key Art For Busted!

Umie Aida & Erra Fazira Jadi Tamu dalam BOCEY & FRIENDS LIVE Jumaat Ini