in

Umie Aida & Erra Fazira Jadi Tamu dalam BOCEY & FRIENDS LIVE Jumaat Ini

Pentas Bocey & Friends pada minggu lalu diserikan dengan empat selebriti popular tanah air iaitu Datin Umie Aida, Erra Fazira, Tomok dan Black. Mereka mempersembahkan persembahan komedi berkisar topik yang cukup bermakna iaitu anak-anak yang mementingkan diri dan sering alpa mengenai kebajikan ibu bapa mereka di hari tua.

Umie Aida Erra Fazira

Meski membawa mesej yang berat, kesemua mereka berjaya menyampaikannya dengan gaya yang santai dan kelakar. Istimewa pada minggu ketujuh ini, Bocey akan ditemani oleh Datin Diana Danielle dan Dato’ AC Mizal dalam menyampaikan sebuah persembahan komedi bertemakan ‘Pendekar Pura Cendana’. Sama-sama kita saksikan.

“Bocey & Friends Live” (Minggu Ketujuh) pada 4 Mei 2018 (Jumaat), jam 10.00 malam di Studio Sound Stage Finas/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single Baru Lan Relate Dengan Krisis Bersama Kristal

Xiaomi Umum Pelancaran Redmi Note 5