in , ,

Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau

Dzil Afnan Buat Kemunculan Semula dengan single ‘Bahagia Sejati’ tampilkan Hazamin Inteam dan Shamsul Ghau Ghau.

Menyebut nama kumpulan Dzil Afnan mungkin ramai yang tidak mengetahui kumpulan ini sudah pun bertapak di dalam industri nasyid hampir 15 tahun yang lalu. Kumpulan yang berasal dari utara tanahair ini telah pun ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai album sebelum ini berjudul Langkah Pertama.

Walaupun album pertama mereka kurang mendapat sambutan, namun kumpulan ini tidak putus asa bahkan terus merangka strategi dengan menghasilkan single baru berjudul Bahagia Sejati.

“Alhamdulillah, usaha kami untuk menghasilkan single baru sebagai menandakan kemunculan semula kami ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan dari abang Hazamin Inteam,”

– Ridzuan
Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau
Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau

“Kami bersyukur kerana mendapat sentuhan sebuah lagu hasil karya penasyid terkenal dan berpengalaman tanahair iaitu Hazamin dari kumpulan Inteam dan penulis lirik berpengalaman iaitu Ito Lara,”

– Mohd Amin

Kumpulan Dzil Afnan dianggotai oleh 4 orang ahli iaitu Mohd Amin Bin Ismail, Mohd Taufiq Bin Abdullah, Mohd Ridzuan Bin Azuzan dan Wan Amiruddin Bin Wan Ismail.

Ditanya mengenai maksud Dzil Afnan, Taufiq menjelaskan Dzil Afnan bermaksud sesuatu yang berseni atau yang mempunyai kesenian yang tinggi.

Pembikinan lagu Bahagia Sejati ini dilaksanakan di Studio Inteam dengan menggunakan khidmat saudara Wan Saleh sebagai penyusun muzik dan menampilkan Shah Slam sebagai pemain gitar utama.

Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau
Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau

“Alhamdulillah, kami juga ingin berterima kasih kepada pelakon berpengalaman tanahair iaitu Shamsul Ghau Ghau, yang sudi memegang watak utama di dalam pembikinan video muzik lagu Bahagia Sejati ini, bahkan turut membantu mempromosikan single baru kami ini,”

– Amiruddin

Video muzik lagu ini cuba menampilkan kisah mengenai seorang yang kaya dan sibuk dengan kerjaya, namun tidak dapat merasai kebahagiaan hati yang akhirnya mendapat pengajaran apabila melihat ketenangan hidup seorang peniaga kecil-kecilan. Lakonan dalam muzik video ini dijayakan sendiri oleh Shamsul Ghau Ghau dan Hazamin Inteam serta kumpulan Dzil Afnan.

Ditanya mengenai kolaborasi bersama Dzil Afnan, saudara Hazamin menjawab “Saya merasakan suatu tanggungjawab dan amanah untuk membantu kumpulan-kumpulan nasyid yang ingin meningkatkan kualiti penerbitan lagu mereka, dan alhamdulillah kumpulan Dzil Afnan bersedia untuk belajar dan terus menghasilkan karya baru yang lebih baik dari sebelumnya”

Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau
Single BAHAGIA SEJATI Tampilkan Hazamin Inteam & Shamsul Ghau Ghau

“Tahniah saya ucapkan kepada Dzil Afnan dan terima kasih kerana sudi memilih saya sebagai rakan duet, dan saya seru semua peminat nasyid menyokong single baru mereka ini,”

– Hazamin

Kumpulan Dzil Afnan turut melancarkan pertandingan ‘Bahagia Sejati Cover Challenge’ iaitu pertandingan nyanyian semula lagu tersebut di media sosial dan menawarkan hadiah utama RM300 dan penginapan di sebuah homestay di Cameron Highland.

Single Bahagia Sejati telah pun dilancarkan pada 7 Ogos 2020 yang lalu di rangkaian Youtube Inteam Digital dan sudah mencecah lebih 40,000 tontonan, serta di semua platform digital yang lain seperti Spotify, Deezer, Joox, KKbox, Apple music dan lain-lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Graf Populariti Luqman Faiz Semakin Menurun Gara-Gara Salah Pilih Lagu?

Gambar Hiasan

Pemain Gitar Eddy Wan Othman Meninggal Dunia Akibat Renjatan Elektrik