in ,

SimplySiti Bakal Anjur Kempen Simplysiti Dihati 2012

Setahun yang lalu, SimplySiti telah mendermakan sejumlah dana untuk membantu dua pesakit jantung (Adik Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong) untuk meneruskan rawatan lanjut.

Sumbangan ini berjaya dikumpul oleh Dato’ Siti Nurhaliza melalui Kempen SimplySiti Di Hati di mana beliau telah bekerjasama dengan rakan niaga berprestij Watson’s, Yayasan IJN, AirAsia X dan Marriot Putrajaya untuk menjayakan misi beliau meraih dana untuk membantu kanak-kanak tersebut.

[pullquote align=”right”]Kempen ini menyaksikan Dato’ Siti Nurhaliza turun ke padang di cawangan Watson’s bertugas sebagai Perunding Kecantikan di kaunter SimplySiti.[/pullquote]

Melihat kepada kejayaan kempen ini, SimplySiti Di Hati hadir sekali lagi pada 2012 ini dengan misi Dato’ Siti Nurhaliza untuk menbantu tiga kanak – kanak dengan masalah kesihatan jantung.

Kempen yang akan bermula pada 15 Disember 2012 sehingga 15 Februari 2013 diharap dapat membantu meraih dana untuk membiayai perbelanjaan kos pembedahan bagi Adik Sharadha A/P Ganesan berumur 2 tahun, Adik Huang Si Han berumur 9 tahun dan Adik Muhamad Lukman Bin Yusri berumur 11 tahun yang juga merupakan seorang OKU.

Sekali lagi bekerjasama dengan Watson’s, Yayasan IJN dan Berjaya Hotels & Resorts, setiap pembelian RM150, sebanyak RM10 akan disalurkan ke Kempen SimplySiti Di Hati 2012. Dengan setiap derma yang diberikan, pembeli berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan serta banyak hadiah menarik lain.

Kempen ini turut menyaksikan Dato’ Siti kembali ke padang dengan tugasan baru untuk menjayakan misi beliau.

[pullquote]Jom mai beramai-ramai menyokong SimplySiti Di Hati 2012.[/pullquote]

Sempena melancarkan dan anjuran event ini, Sidang Akhbar SimplySiti Dihati 2012 akan diadakan pada 26 November ini. Budiey akan hadir di majlis ini dan akan buat liputan khusus untuk pembaca budiey.com.

Dapatkan Badge Simplysiti Di Hati Di Pasaraya Watsons Berhampiran Anda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pertandingan Cabaran Skor Dashing

Senarai Pencalonan Kategori Bella Awards 2013