in

Senarai Pencalonan Kategori Bella Awards 2013

Bella Awards 2013
Rancangan Anugerah Wanita Pertama di Malaysia

ntv7 sekali lagi melakukan kelainan dengan memperkenalkan rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia – Bella Awards 2013 – bagi meraikan, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada golongan wanita di atas pencapaian hebat dan sumbangan mereka yang penuh inspirasi kepada orang ramai.

[dropcap]I[/dropcap]lham menerbitkan rancangan itu hadir daripada rancangan temubual wanita ntv7 – Bella – yang merupakan rancangan yang memberikan inspirasi buat wanita melalui topik-topik yang berinformasi dan padat dengan pengisian berguna buat kaum hawa.

Disokong dan diperakui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, anugerah Bella Awards yang julung kali diperkenalkan ini akan bersiaran pada 2 Mac 2013 bersempena sambutan Hari Wanita peringkat antarabangsa. Anugerah itu akan disiarkan pada waktu perdana pada jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam, manakala acara karpet merahnya pula akan disiarkan pada 8.30 malam eksklusif di ntv7. “Live streaming” menerusi portal video no. 1 Malaysia, Tonton juga boleh dilayari di www.tonton.com.my.

Sudah pasti pelbagai perkara harus dinantikan di dalam Bella Awards menurut Penerbit Eksekutif-nya, Intan Noorbaizura yang menjanjikan tiada lain daripada LUAR BIASA.

[pullquote align=”right”]“Rancangan anugerah ini merupakan sesuatu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.”[/pullquote]

Kami bakal meraikan golongan mereka yang digelar mengagumkan di alam semesta ini – WANITA – dengan barisan persembahan hebat oleh para artis tanahair dan antarabangsa, peragaan pentas dan pelbagai lagi kejutan. Itu sahaja yang boleh saya umumkan buat masa ini – pastikan anda terus setia menanti pengumuman dari kami yang selanjutnya,” gurau Intan.

Airin juga mendedahkan 7 kategori yang bakal dipertandingkan iaitu – Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, Bella Heart Award, Bella Mars Award, dan anugerah utama, Bella Award.

Menurut Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Bella Awards 2013 akan membawakan tema “SHE SPARKLES”, dalam kesemua aktiviti promosinya termasuklah rupa bentuk keseluruhan rancangan penganugerahan itu nanti.

“Wanita adalah seperti batu permata yang amat bernilai. Seperti barang kemas yang akan menceriakan penampilan seseorang dan menambah warna serta memberi sentuhan bergaya kepada si pemakai, begitu juga wanita yang menambah dan memberikan sinaran kepada persekitaran mereka. Mereka bukan sahaja bersinar dari luaran malah dari dalaman mereka dengan segala sumbangan mereka kepada masyarakat,” kata Airin ketika acara pelancaran Bella Awards di Marini’s on 57, KLCC.

5 pencalonan teratas daripada setiap kategori akan diumumkan pada Januari 2013 dimana calon-calon dipilih oleh para juri profesional. Manakala, pemenang hanya akan diketahui melalui acara siaran langsung anugerah itu pada 2 Mac 2013 nanti.

“Kami tidak sabar untuk berkongsi dengan anda senarai calon yang terdiri daripada golongan wanita yang bakal memberikan anda inspirasi di mana mereka mampu memainkan peranan mereka sebagai wanita bekerjaya mahupun seorang ibu dan seorang isteri namun masih juga mempunyai masa untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat. Rancangan anugerah ini adalah untuk memberi kesedaran akan usaha para wanita ini agar mereka menerima lebih banyak peluang dan memberikan idea-idea yang lebih baik kepada wanita di luar sana. Anugerah ini juga akan menarik perhatian orang ramai mengenai badan amal yang dekat di hati wanita-wanita ini dan yang paling penting ialah memberi inspirasi kepada ramai lagi wanita lain,” tambah Airin

Bella Awards juga bakal membawa pelbagai aktiviti promosi termasuklah bengkel khas “Bella Workshop – How To Sparkle” buat para wanita pada Januari nanti. Bengkel ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan pengalaman dan mempelajari pelbagai topik menarik. Bengkel selama dua hari itu turut memberikan peluang kepada wanita untuk melakukan latihan amali termasuklah seni mempertahankan diri, teknik berhias dan banyak lagi.

Aktiviti-aktiviti ini direka untuk memberi dan menambah keyakinan di dalam diri para pesertanya serta sebagai persediaan dalam memperbaiki diri. Lebih menarik lagi, anugerah ini juga akan memperkenalkan pencarian “Bella Correspondent” di mana pihak produksi akan mencari individu terpilih untuk mengacarakan acara karpet merah untuk Bella Awards 2013.

Pencarian itu akan diadakan pada bulan Disember nanti dan perkembangan pencarian itu akan disiarkan melalui siri web. Lebih maklumat mengenai bengkel khas Bella Workshop dan pencarian Bella Correspondent akan diberitahu kemudian.

Dalam masa yang sama, rancangan anugerah Bella Awards juga mengalu-alukan kehadiran beberapa jenama terkenal yang hadir sebagai rakan dan penaja anugerah itu. Antaranya Hai-O Marketing, pembuat dan pemborong produk farmaseutik serta herba tradisional telah diumumkan sebagai penaja utama anugerah itu ketika pelancarannya hari ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Encik Tan Kai Hee, penajaan ini adalah selari dengan polisi syarikat mereka yang mengiktiraf wanita sebagai pengaruh yang berkuasa juga sumbangan mereka kepada keluarga, komuniti dan yang paling utama adalah untuk merealisasikan potensi sebenar dalam menjayakan pembangunan negara.

“Popular dengan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan, Hai-O berharap dapat mewakili sebuah transformasi dengan menggalakkan wanita secara keseluruhannya untuk menjalani kehidupan yang sihat dan tampil menawan. Menerusi produk utama mereka yang terkenal seperti Premium Beautiful iaitu produk pembentuk badan serta rangkaian produk penjagaan kecantikan Luminez untuk memastikan wanita kelihatan menarik, ceria dan menjalani hidup yang lebih baik,” kata Tan.

Turut menjadi rakan penaja kepada anugerah itu adalah Revlon dan Visiber yang diberi mandat selaku solekan rasmi dan barangan kemas rasmi acara penganugerahan berprestij itu.

Speech By Airin Zainul - Group Gm, Ntv7 &Amp; 8Tv

Selama beberapa dekad, Revlon telah berada dalam bidang perniagaan di mana kami cuba menjadikan wanita kelihatan cantik; serta menyuntik unsur glamor dalam kehidupan harian wanita serta memperkukuh keyakinan dan membantu mereka dalam mencapai impian. Sudah tiba masanya kita mempunyai rancangan anugerah untuk mengiktiraf golongan wanita kerana pencapaian dan sumbangan mereka yang berterusan kepada masyarakat serta pada masa yang sama menjadi inspirasi kepada seluruh wanita Malaysia,” kata Fiona Ng, Pengurus Pemasaran Revlon.

“Sumbangan wanita dalam lipatan sejarah juga tidak seharusnya dilupakan dan tidak diendahkan. Hari ini kita melihat bukti bahawa wanita di seluruh dunia yang memperolehi pelbagai pencapaian luar biasa. Ianya amat bermakna bagi VISIBER untuk menaja Bella Awards 2013 demi memberi penghormatan di atas usaha para wanita yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Melalui penganugerahan sebegini, kita akan memberi inspirasi dan sokongan serta membantu para wanita untuk terus berjaya dalam hidup,” kata pengasas Visiber, Dato’ Patrick Tan dan Dato’ David Hew.

Rakan lain yang turut menyokong anugerah Bella Awards 2013 itu adalah Fly FM, New Straits Times, dan Berita Harian – yang turut dinamakan sebagai rakan “BFF” (Best Friends Forever).

Bella Awards bermula hari ini dengan pelancaran perdananya serta sambutan hebat menerusi persembahan mengagumkan oleh koreografer tarian terkenal, Ramli Ibrahim & Sutra Dance Theatre, penyanyi Vince Chong, Diandra Arjunaidi, Chelsia Ng, dan penyanyi jazz, Rozz Ritzmann. Pelancaran besar-besaran anugerah itu juga disertai dengan barisan peragaan pentas dari pereka terkenal seperti Tom Abang Saufi, Nisa Mazbar, Silas Liew dan Shiatzy Chen.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bella Awards 2013, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

THE CATEGORIES

BELLA CREATIVE AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the arts from Thespians, Photographers, Gallery Owners, Painters, and such

BELLA STYLE AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the fashion & beauty scene from Fashion Designers, Makeup Artists, Hair Stylists, Beauty Experts, and such

BELLA BEAUTIFUL AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the health & wellness scene, striving to make Malaysia a healthier nation Including Doctors, Nutritionists, Therapists, and such

BELLA BUSINESS AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the business scene including women from e-business, finance, commerce, and such

BELLA HEART AWARD
Honouring Malaysian women who is bold and brave to stand above all odds and inspire other women around her

BELLA MARS AWARD
Honouring Malaysian men who has contributed to women & society in general through their work

BELLA AWARD
Honouring Malaysian women who has made a strong impact to the society, locally as well as internationally

Datin Seri Tiara Jacquelina

Shila Amzah

Ramli Ibrahim &Amp; Sutra Dance

Emcees - Will Quah &Amp; Deborah Henry

Vince Chong

Chelsia Ng

Chelsia Ng2

Diandra Arjunaidi

Fashion Show - Collections By Tom Abang Saufi

Fashion Show - Collections From Nisa Mazbar

Fashion Show - Collections From Silas Liew

Fashion Show - Collection From Shiatzy Chen

Bella Talk Show Hosts (L-R) - Elaine Daly, Daphne Iking, Vanessa Chong

Bella Team Dancing To Jordin Spark'S I Am Woman

Bella Team Dancing To Jordin Spark'S I Am Woman2

Bella Awards Launched By Airin Zainul - Group Gm, Ntv7 &Amp; 8Tv

Rozz Ritzmann

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SimplySiti Bakal Anjur Kempen Simplysiti Dihati 2012

TV3 Tayang Merlin Musim Ke-5