Sidang Media One In A Million Musim Baru

Jam 3 petang semalam telah berlangsung satu sidang media One In A Million musim baru di Long Bar, Hotel One World. Budiey kira ada beberapa pembaharuan dalam OIAM kali ini termasuklah logo baru OIAM yang lebih 3D dan lebih berona emas berprestij.

Pengumuman tarikh ujibakat dan lokasinya juga turut diumumkan. Manakala, pengacaranya masih tetap sama iaitu Awal Ashaari dan Marion Caunter.

Shafinaz tak hadir semalam… juri tetap yang sama juga.

Semoga peserta OIAM kali ini lebih mantap vokal dan persembahannya. Terima kasih Strepsil atas tajaan OIAM. Simbolik jugak, siapa yang sakit tekak dan pedih tekak sebab terlalu kerap berlatih nyanyi, boleh la pekena Strepsil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Eman Manan dan Pelakon Filem Wayang

Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?