in

Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND

Semalam, jam 3 petang telah berlangsung satu sidang media pelancaran Anugerah Skrin 2008 di Citrine Ballroom, Hotel One World, First Avenue, Off Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Memperkenalkan konsep dan tema Anugerah Skrin tahun ini… diamond… berlian, Budiey menjangkakan Dewan Merdeka, PWTC pada 7 November nanti akan bergemerlapan dengan disinari cahaya yang memancar glamour. Sejauh mana konsep ini direalisasikan? Kita kena tunggu. Yang pasti, ada lah nanti barangan kemas akan dipakai oleh selebriti dan pelakon ternama.

Juga turut memperkenalkan pengacara Anugerah Skrin tahun ini… Adlin Aman Ramli (ramai yang cakap muka dia nak sama ngan Budiey.. kami macam kembar?) berkolaborasi bersama Nurul Syuhada. Ini pertama kali mereka menjadi pengacara Anugerah Skrin. Dah tentu akan gamat? Mmm…

Pantene akan menjadi penaja utama. Huhu, rumah Budiey dah sarat dengan syampoo dari Pantene… masih belum lagi digunakan. Terima kasih Pantene.

Semalam, ramai giler selebriti yang datang. Budiey akan siarkan gambar mereka kemudian nanti. Pertama kali bertemu mata dengan Nubhan. Huhu… sedap sungguh lagu Ada Untukmu… Budiey tujukan buat my SAYANG. Gonna miss you for a few days!

2966106618 7E8129211E | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Cover Manja Singapura Bulan November

GOGELAVANI & THIAGA RAJAN TERUJA MENYAMBUT PESTA CAHAYA