in ,

Sidang Khas Parlimen Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 0gos – Pejabat Perdana Menteri

Bila parlimen buka nanti mari sama sama kita tengok siapa yang tak berani hadir. Pastinya ramai rakyat jelata nak tahu agenda persidangan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan akan mula mengadakan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai (4 hari) dan 2 Ogos(1 hari)

Menerusi kenyatan sama mereka turut memaklumkan Persidangan Dewan Negara pula akan berlangung selama 3 hari dari 3 Ogos – 5 Ogos 2021. bagi Dewan Rakyat.

Kerajaan dalam masa sama turut bersetuju memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pemakluman itu.

Menurut PMO, mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen,” tulis kenyataan berkenaan.

Sidang Khas Parlimen Mulai 26 Julai & Dewan Negara 3 0gos – Pejabat Perdana Menteri

Nota Jemaah Menteri juga telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem JANGAN TAKUT: KAU TAKUT… AKU PUN TAKUT

Digelar Jual Durian Harga Yahudi, Mila Jirin Tampil Perjelaskan