in , ,

Siaran Langsung Muzik Muzik 37 Separuh Akhir Hari Ini & Esok Jam 3 Petang

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba, di mana 30 buah lagu bakal berentap secara langsung di pentas Muzik-Muzik 37 Separuh Akhir (SFMM37).

Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) bakal bermula pada 25 dan 26 November ini. 

Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 akan bersiaran secara langsung pada hari Jumaat dan Sabtu, pukul 3.00 petang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peminat juga boleh menikmati persembahan SFMM37 menerusi www.tonton.com.my.

Nantikan juga persembahan istimewa menerusi artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura di episod pertama separuh akhir Muzik Muzik yang akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic.

Turut menjadi tumpuan para peminat muzik tanah air apabila terdapat tiga buah lagu yang bakal menampilkan penyanyi berbeza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37. Lagu ‘BERAKHIRLAH PENCARIANKU’ bakal dipersembahkan oleh Ahmad Shafiq dan Wany Kayrie manakala lagu ‘TAKLUK CINTA’ akan menampilkan Puteri Khareeza sebagai penyanyi. Bagi lagu ‘HABIS SINI’, penonton bakal menyaksikan Naim Daniel berduet dengan Ismail Izzani dalam usaha menempah tiket ke pentas akhir! 

Untuk makluman, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 37 bertanding di pusingan separuh akhir. 

Siaran Langsung Muzik Muzik 37 Separuh Akhir Hari Ini &Amp; Esok Jam 3 Petang

25 November 2022, 3.00 petang – 6.00 petang

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
SEMPURNAIMSOMNIACKSIMSOMNIACKSIQIE & DANIAL
BERANIDOLLAJOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMATJOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT
BERAKHIRLAH PENCARIANKUAHMAD SYAFIQ & WANY KAYRIEIKHWAN FATANNA & WAN SALEHDATO A’ AIDA
ESOKAMIR MASDIAMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOKAMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK
TAK SANGKAYONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIRYONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIRYONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR
TAKLUK CINTAPUTERI KHAREEZAFIRDAUS RAHMAT, IQIE HUGH & JOHN JEVESFIRDAUS RAHMAT, IQIE HUGH & JOHN JEVES
ANUGERAH TERINDAHALIF SATAR & THE LOCOSALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWISALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO
NANGIMAN TROYEEZRA KONG & A.RAMLEEZRA KONG & A.RAMLE
PAYUNG PELANGINOKI & MKNOKI & MKNOKI & MK
CUKUP DERITA ITUSITI NORDIANATAM SPIDERSITI ROSMIZAH
PEREMPUANJACLYN VICTORJOHAN JOHNKHALEEL
DAMBAKHAI BAHARQIE HUGH & OMAR KQIE HUGH & OMAR K
HITAM SAKSI PUTIHHAQIEM RUSLIHAQIEM RUSLIHAQIEM RUSLI
SATU MALAM DI TEMASEKSONAONE & JOE FLIZZOWSONAONESONAONE & JOE FLIZZOW
MAINANNAIM DANIELFIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGAARISZ AB RAHMAN
DEMI KAMUINDAH RUHAILAJOHAN JOHNKHALEEL
MAKUTAHAZAMA, KMY KMO & LUCA SICKTAKMY KMO, LUCA SIKTAKMY KMO, LUCA SIKTA
KEMBALI TERANGMARSHA MILANSENNA & AJINSENNA
Siaran Langsung Muzik Muzik 37 Separuh Akhir Hari Ini &Amp; Esok Jam 3 Petang

26 November 2022, 3.00 petang – 5:30 petang

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
SUMPAHAN SALJUARA JOHARIZIINJERRY
BAHAGIAKAN DIALIZA HANIM & SHILA AMZAHALIFF ISKANDARALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ
SENGSARAKHAI BAHARJOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR KJOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K
24434FLOOR 88ZAI HAMZAHACHOI FLOOR 88
ESOKAMIR MASDIAMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOKAMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK
KHILAF ASMARASHILA AMZAHAMYLEAAMYLEA
SAMA SEPERTI DULUHAEL HUSAINIHAEL HUSAINI & IQIE HUGHHAEL HUSAINI
KORBANERNIE ZAKRIERNIE ZAKRIERNIE ZAKRI
DEBUDAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDIMAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIMMAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM
HABIS SININAIM DANIEL & ISMAIL IZZANINAIM DANIEL, JOE FLIZZOW, SONAONE, MAS DEWANGGA & FIRDAUS RAHMATNAIM DANIEL, JOE FLIZZOW, SONAONE, MAS DEWANGGA & FIRDAUS RAHMAT
IRAMASHIHA ZIKIRQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVESQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES
TERUS HIDUPAINA ABDULAINA ABDULAINA ABDUL

Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman | 15

Shopee Tingkatkan Ekonomi Kreatif Jenama Milik Selebriti dengan Teknologi

Portal Featured Zero 8 | 16

Serlahkan Keseronokan Berganda Dengan Telefon Pintar Vivo Y22s Terbaru