in , ,

Siaran Langsung Majlis Nikah Awal Ashaari & Scha Alyahya

Astro Ria siar siaran langsung majlis pernikahan pasangan bahagia

Setelah hampir tiga tahun menyulam kasih dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti romantis; Scha Alyahya dan Awal Ashaari akhirnya mengambil keputusan memeterai kisah cinta mereka dengan ikatan yang suci.

Pasangan popular yang bagaikan pinang dibelah dua ini juga telah memilih tarikh 4 Mei 2012 sebagai hari bersejarah untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah yang akan turut disiarkan secara langsung dan serentak menerusi saluran Astro Ria (104), Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) menerusi program Akad Nikah…Seia Sekata SchAwal.

Bukan itu sahaja, Astro Ria juga telah menyiarkan rangkaian program-program istimewa yang berjudul Seia Sekata SchAwal yang memaparkan perjalanan kisah cinta pasangan bahagia ini semenjak 13 April 2012 lagi.

Scha Awal

Berikut ialah program-program yangtelah dibariskan bagi meraikan pasangan pengantin:

13 April 2012 9.30 – 10.00 malam (30 minit)
Paparan perjalanan kisah cinta Scha dan Awal sejurus detik sewaktu lamaran secara langsung sehinggalah persiapan menuju gerbang perkahwinan. Astro Ria (104)

20 April 2012 9.30 – 10.00 malam (30 minit)
Paparan perjalanan kisah cinta Scha dan Awal sejurus detik sewaktu lamaran secara langsung sehinggalah persiapan menuju gerbang perkahwinan. Astro Ria (104)

27 April 2012 9.30 – 10.00 malam (30 minit)
Paparan perjalanan kisah cinta Scha dan Awal sejurus detik sewaktu lamaran secara langsung sehinggalah persiapan menuju gerbang perkahwinan. Astro Ria (104)

4 Mei 2012 9.00 – 9.30 malam (30 minit)
SIARAN LANGSUNG Dihoskan oleh pengacara Sazzy Falak, episod ini akan menyiarkan siaran langsung upacara akad nikah kedua mempelai daripada Pullman Putrajaya Lakeside. Siaran serentak di Astro Ria (104), Astro Awani (501) & Astro Ria SingTel mio TV (34)

11 Mei 2012 9.00 – 10.00 malam (60 minit)
AKAN DATANG Paparan kisah hidup Scha dan Awal sejak kecil sehingga mereka mula berkenalan dan menyulam cinta. Astro Ria (104)

18 Mei 2012 9.00 – 10.00 malam (60 minit)
AKAN DATANG Paparan istimewa tentang majlis perkahwinan Scha dan Awal Astro Ria (104)

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Program Seia Sekata SchAwal yang dibawakan secara eksklusif ini banyak merungkai rahsia sepanjang percintaan Scha dan Awal yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. Selain dari memaparkan kisah hidup pasangan romantis ini dalam menghitung detik persiapan menuju gerbang perkahwinan, Astro Ria amat berbesar hati untuk berkongsi peristiwa bersejarah pasangan bahagia ini dengan liputan siaran langsung majlis akad nikah pada 4 Mei ini termasuk liputan rakaman majlis persandingan mereka nanti.

Sebagai pasangan popular dalam industri hiburan tanah air, para peminat tentu sahaja mahu mengetahui setiap kisah belakang tabir tentang Scha dan Awal yang berlaku sewaktu masih kecil, perjalanan karier, zaman bercinta, lamaran secara langsung di televisyen sehingga ke gerbang perkahwinan. Saksikan temuramah eksklusif ahli keluarga, teman-teman rapat, rakan-rakan artis, kenalan dan media mengenai pasangan ini yang akan disiarkan secara istimewa dalam program ini.

Kami berharap program ini dapat menarik perhatian semua peringkat umur khususnya kepada peminat seni hiburan tanah air terutama mereka yang meminati kedua-dua bakal mempelai ini,” jelas Nizam lagi.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Scha dan Awal, jangan ketinggalan untuk menonton program istimewa Seia Sekata SchAwal secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104 terutamanya liputan siaran langsung majlis pernikahan pasangan bahagia ini pada hari Jumaat, 4 Mei 2012, jam 9.00 malam yang juga akan bersiaran secara serentak di Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) di Singapura.

Scha Awal

What do you think?

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0
Pembaca Setia

Written by Budiey (Admin)

Seorang photojournalist yang selalu mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi terbaharu dan masih setia menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif merakam vlog momen di sebarang acara, menemubual selebriti dan menerbitkan video di Budiey Channel. Konsisten mengadakan sesi tontonan filem di Premiere With Budiey setiap minggu dan seronok bertemu dengan pengikut setia, Budieyators. Obses dengan filem seram & thriller.

Rasa Istimewa McDonald’s Chicken Foldover Baru

Ujibakat Asuhan Seni Orkestra Tradisional Malaysia