in

Rasa Istimewa McDonald’s Chicken Foldover Baru

Rasa Istimewa McDonald’s Chicken FoldoverTM Baru

• Menampilkan dua kepingan daging ayam digril, dengan tomato, daun salad segar dan sos bawang putih
• Disaji rapi dalam roti Arab panas dengan bijian kalonji (Habbatus Sauda’)
• Ditawarkan dalam menu a la carte dari harga RM8.60 ke atas

Demi memuaskan citarasa rakyat Malaysia yang menggemarkan daging ayam, satu sumber protein yang amat kaya, McDonald’s memperkenalkan hidangan terbaru dalam menunya, iaitu McDonald’s Chicken FoldoverTM.

Mcdonald’s Chicken Foldover Baru

Hidangan yang amat istimewa ini mengandungi ramuan yang segar dan berkualiti tinggi, termasuk daun salad dan tomato segar, bawang yang ranggup dan dua kepingan daging ayam yang empuk dan digril sempurna.

Ramuan istimewa tersebut diperhebatkan lagi dengan sos bawang putih dan kemudiannya disaji rapi dalam roti Arab panas dengan bijian kalonji (Habbatus Sauda’). Ia pasti menyelerakan.

“Chicken FoldoverTM mencerminkan komitmen McDonald’s terhadap para pelanggannya dengan menggunakan bahan dan ramuan yang paling segar dan berkualiti tinggi, sekali gus menawarkannya pada harga yang paling bernilai,” kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Sarah Casanova.

“Lebih-lebih lagi, penawaran hidangan baru Chicken FoldoverTM ini mencerminkan usaha kami yang berterusan untuk menceriakan menu dengan pilihan baru. Di samping itu McDonald’s tidak lupa akan komitmennya untuk menghidangkan sumber protein kegemaran ramai dalam resipi yang baru lagi menarik, terutamanya bagi mereka yang menggemarkan ayam bergril,” tambah Casanova.

Hidangan Chicken FoldoverTM kini ditawarkan di semua restoran McDonald’s di seluruh Negara sehingga 22 August 2012. Ia boleh didapati dengan harga RM8.60 dalam menu a la carte, dan RM9.95 dengan set McValue Lunch dan McValue Dinner medium. Manakala untuk set hidangan McValue Meal pula, ia boleh didapati dari harga RM12.25.

Mcdonald’s Chicken Foldover Baru

McDonald’s
McDonald’s merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera yang terkemuka dengan lebih daripada 33,000 restoran di seluruh dunia. Ia menawarkan perkhidmatan kepada 68 juta pelanggan setiap hari. Di Malaysia, sebanyak 222 restoran McDonald’s melayan 13 juta pelanggan sebulan. Di samping itu, McDonald’s menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan kepada lebih daripada 12,000 kakitangan rakyat Malaysia di restorannya.

Untuk maklumat lanjut tentang McDonald’s, sila layari laman web www.mcdonalds.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mothers Day at Impiana KLCC

Siaran Langsung Majlis Nikah Awal Ashaari & Scha Alyahya