in , ,

Siapakah 12 Peserta Yang Menyertai COF LOCKSTAR

COF LOCKSTAR program realiti pertama secara dalam talian Syarikat rakaman COF Music dengan bangganya memperkenalkan program realiti pertama secara dalam talian iaitu COF LOCKSTAR.

Program yang memulakan pencarian peserta juga secara dalam talian sejak bulan lalu itu berjaya menerima lebih 2,000 penyertaan. Bagaimanapun, hanya 12 peserta terbaik layak ke peringkat seterusnya. 

Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat dan kualiti. 

Malah, bagi Aman satu cabaran besar buat dia dan seluruh pasukan dalam menjayakan program realiti ini kerana sepenuhnya diadakan secara dalam talian. 

“Apa saya boleh katakan, ini program realiti pertama yang sepenuhnya dibuat secara virtual atau dalam talian. Sudah tentu memberikan cabaran tersendiri pada pasukan produksi terutama dari segi nak mencari kualiti peserta. 

“Ada lebih 2,000 video yang dihantar di mana semua perlu dinilai terlebih dahulu oleh juri profesional sebelum memilih 12 yang terbaik. Daripada jumlah itu, lima atau enam peserta akan berentap pada peringkat akhir iaitu pada minggu kelima. Selebihnya akan melalui proses penyingkiran dari minggu pertama sehingga empat,”

– Aman Nassim

Menurut Aman, misi mencari bakat baharu yang segar bakal tercapai apabila 12 peserta yang terpilih itu bukan dalam kalangan artis atau penyanyi sedia ada. 

“Daripada 2,000 video itu, ada juga artis yang hantar. Tapi, disebabkan mereka terikat kontrak dengan syarikat rakaman, jadi kita tak boleh terima. Sebab antara syarat penyertaan adalah bergerak sendiri. 

“Jadi, 12 peserta yang terpilih ini memang semua segar, wajah baharu tapi mempunyai bakat luar biasa. Dalam masa sama, kebanyakan mereka ini juga lebih suka berkongsi bakat dimiliki di media sosial seperti membuat nyanyian semula lagu atau ‘cover version’. 

“Paling penting, pemilih 12 peserta ini dinilai oleh barisan juri profesional sekali gus memberi nilai tambah pada kualiti mereka,”

– Aman Nassim

Daripada 12 peserta itu, satu peserta berkumpulan, satu secara trio, tiga rappers dan selebihnya solo. 

Persembahan mingguan bakal ditayangkan secara Live Stream bermula Sabtu, 28 Ogos, jam 9 malam di Youtube & Facebook COF Music. 

JUDGES POSTING 3 ROW

Istimewanya, COF LOCKSTAR turut menampilkan lima penyanyi terkenal tanah air selaku juri profesional iaitu Hazama, Akim Ahmad, Black Hanifah, Tomok dan Altimet. Sementara, Ajak selaku hos program dan komposer, Pown Hasril selaku Pengarah Music. 

Mengulas mengenai pemilihan empat juri itu, Aman ada alasan tersendiri kenapa memilih semua penyanyi lelaki. 

“Bagi menghangatkan lagi program ini, kami memilih Ajak selaku hos dan lima penyanyi terkenal menjadi juri profesional. Lagi pula Hazama, Akim, Black, Tomok dan Altimet pernah menjadi juri untuk program realiti. Kebetulan kita memang mencari bakat baharu, jadi pemilihan mereka ini sangat sesuai. 

“Pada saya tidak ada istilah kenapa semua juri lelaki dan tak ada perempuan, yang penting mereka profesional. Mereka juga bepengalaman, semuanya pun hebat. Itu yang pada saya sesuatu yang menarik. Masing-masing ada cita rasa tersendiri. Kalau nak tahu apa pilihan mereka kena tengok di saluran YouTube COF Music nanti,”

– Aman Nassim

Hadiah pemenang adalah tempat pertama bernilai RM50,000 yang mana merangkumi hadiah wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music. 

Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu ‘Most Creative’ dan ‘Most Viewers’ yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Pengalaman Menakjubkan Elisya Sandha Sebagai Isteri

Samsung Bespoke & Family Hub Fridge, 
Made For Style with Practicality