in , ,

Ini Pengalaman Menakjubkan Elisya Sandha Sebagai Isteri

Selepas hampir seminggu bergelar isteri kepada Uzair Haqimy, pelakon Elisya Sandha teruja memegang status sebagai isteri.

Elisya berkata, perkahwinan adalah amanah daripada Allah SWT untuk menjadikan dia memiliki rasa tanggungjawab.

“Bergelar seorang isteri adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan. Saya tak sabar untuk melalui hari-hari baharu dalam hidup saya,”

– Elisya Sandha

Itu kata Elisya Sandha ketika menjawab pertanyaan peminat pada ruangan soal jawab menerusi Instagram Stories.

Dalam masa sama, Elisya juga turut ditebak soalan adakah dia melakukan solat istikarah sebagai petunjuk sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

“Sudah tentu. Tiada jaminan dalam kehidupan rumah tangga. Yang penting percaya pada takdir dan tawakal,”

– Elisya Sandha
Elisya Sandha & Uzair Haqimy Selamat Diijabkabul, Kini Sah Sebagai Suami Isteri

Ditanya mengenai keputusannya untuk berkahwin pada usia muda sedangkan karier lakonannya baru meningkat naik, Elisya berkata, dia percaya dengan rezeki Tuhan.

“Memang industri hiburan di Malaysia ada pemikiran sebegini ke? Saya bukan Tuhan yang boleh pilih jodoh datang waktu bila. Saya terima jodoh saya sampai awal.

“Saya juga meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Allah dan percaya dengan rezeki yang Allah berikan,”

– Elisya Sandha

Elisya selamat bergelar isteri kepada Uzair yang juga anak sulung kepada penerbit terkenal, Shiela Rusly dan Jinggo dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, Sabtu lalu.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Lengkap Barisan Kabinet Baru 2021

Siapakah 12 Peserta Yang Menyertai COF LOCKSTAR