in , ,

Siapa Yang Bakal Ganti Tokti Nyanyi Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU di SFMM35?

Penyanyi Misha Omar mengesahkan dirinya bukan penyanyi yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pada 21 November ini.

Misha berkata, dia berharap kenyataan yang diberikan itu memberi kelegaan kepada pihak yang berteka-teki serta berharap dirinya menggantikan penyanyi itu. 

“Malangnya bukan Kak Mitch yang bakal menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Harap kenyataan ini akan melegakan hati awak. Cuba lagi, cuba teka orang lain.

“Bukan Kak Mitch. Jadi, boleh teka orang lain. Kalau itulah harapan awak, terima kasih,” katanya.

Jawapan itu diberikan Misha menerusi dua pertanyaan peminat dalam ruangan Ask Me Questions di Instagram Story hari ini.

“Harap Kak Mitch ganti Tok Ti untuk lagu Aku Bidadari Syurgamu SFMM35,” tanya seorang peminat menerusi soalan pertama.

“Jujur dari lubuk hati yang paling dalam, nak Kak Mitch muncul SFMM35 untuk lagu Aku Bidadari Syurgamu,” tanya soalan kedua pula.

Terdahulu, nama Misha menjadi sebutan peminat selepas memuat naik video dia menyanyikan semula (cover) lagu Aku Bidadari Syurgamu di IG baru-baru ini.

Pengganti Siti masih menjadi persoalan memandangkan penyanyi tersohor itu mengambil keputusan berehat selepas melancarkan album terbaharunya, ManifestaSITI2020.

Selain Aku Bidadari Syurgamu, lagu kolaborasi Siti Bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta, 7 Nasihat turut tercalon di SFMM35.

SFMM35 akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 20 hingga 22 November ini. 

SFMM35 akan bersiaran tanpa penonton seperti program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada jam 9 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

*Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Selalu Pegang Selfie Stick, Dah Lama Tak Pegang Microphone,” Nabil Ahmad Tuju Pada Siapa?

Suami Sendiri Bertugas Jaga ‘Roadblock’, Doktor Teruja Siap Dapat ‘Love’