in ,

“Selalu Pegang Selfie Stick, Dah Lama Tak Pegang Microphone,” Nabil Ahmad Tuju Pada Siapa?

Kata-kata Nabil Ahmad ketika pembukaan acara Gegar Vaganza 7 (GV7) malam ini ternyata mendapat perhatian segelintir netizen.

Gara-gara mengungkapkan ayat ‘Selalu Pegang Selfie Stick, Dah Lama Tak Pegang Microphone’, pengacara berkenaan dikatakan dituju kepada pengacara sensasi Diva AA.

Bagaimanapun, ungkapan tersebut telah mendapat reaksi negatif netizen di Twitter yang rata-ratanya menyatakan Nabil tidak seharusnya berbuat demikian.

“Kenapa Nabil #gegarvaganza2020 nak downgrade comeback Diva AA? ‘Selalu pegang selfie stick, dah lama tak pegang microphone…’ What do you mean by that???? 

“Satu episod AJL Diva AA pun tak equivalent dengan engkau punya the whole hosting career! Please public, sincere apology!” luah seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @JefriAduba.

&Quot;Selalu Pegang Selfie Stick, Dah Lama Tak Pegang Microphone,&Quot; Nabil Ahmad Tuju Pada Siapa?

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang seperti tidak menyenangi tindakan Nabil itu.

Ketika ini, Diva AA atau Azwan Ali merupakan pengacara untuk rancangan Lagu Cinta Kita yang ditayangkan di TV3 dan serentak dengan GV7.

Sumber: Twitter & KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Utomo | 23

Ben Utomo Zahirkan Sisi Sensitif Dalam IZINKAN Dengan Abraham Kevin

Siti Nurhaliza Basyirah 2020 | 24

Siapa Yang Bakal Ganti Tokti Nyanyi Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU di SFMM35?