in

Siapa Yang Akan Menang Anugerah Academy Ke-86?

Awal betul Budiey bangun pagi ini. Teruja untuk memulakan minggu baru. Ya, hari ini ada banyak perkara yang akan berlaku. Tapi apa yang penting, setiap apa yang kita lakukan, biarlah kita semua happy. Kalau di sosial media hashtag yang sesuai #100HappyDays. Ramai yang guna hashtag ini untuk menjadikan ia satu viral untuk satu kehidupan yang lebih positif dan menyampaikan maksud, kita mahu diri kita sentiasa gembira dengan apa yang kita buat dan gembira dengan segala apa yang kita lalui. Itu bagus. Positif okay!

[pullquote]Berbalik dengan apa yang berlaku pada hari ini, selain bermulanya episod malam pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, Budiey juga sekarang ini sedang menonton siaran langsung Anugerah Academy ke-86. Acara tahunan yang berprestij ini berlangsung dalam suasana yang gilang-gemilang di Dolby Theatre Los Angeles.[/pullquote]

Budiey percaya, juta-juta penonton sedang mengadap TV sekarang ini. Sebanyak 24 kategori dipertandingkan dan pada hari ini, keputusan akan dapat diketahui. Siapakah yang akan menang? Korang rasa? Filem Frozen atau Gravity? Budiey pilih Gravity. Suka dengan filem tu.

Pastinya, pelakon dan krew produksi yang bertanding tengah dup dap-dup dap menantikan keputusan. Sementara itu, seperti biasa, sebelum masuk ke dewan, selebriti yang hadir akan memijakkan kaki di karpet merah yang penuh glamor.

Filem 12 Years A Slave, sebuah filem pasal dunia perhambaan yang pernah menang di anugerah Golden Globe 2013 dan Filem Terbaik Anugerah BAFTA, di London sebelum ini turut bertanding termasuklah Filem Terbaik.

Sama-sama kita nantikan. Tonton saluran E! atau Foz Movies Premium untuk liputan menyeluruh karpet merah dan untuk siaran langsung Anugerah Oscars pula boleh tonton di saluran Foz Movies Premium Astro 433.

Majlis Tayangan Eksklusif Filem GRAVITY - Sensasi Selebriti

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Lawak Sekitar Latihan Konsert Teaterikal Suara Kita

Wardina Safiyyah Duta Terbaru Tilam Goodnite