in ,

Siapa Pemenang Projek Metro 2013?

Ahad ini (22 Disember 2013), jam 10 malam, TV3 bakal membawakan secara langsung pertandingan akhir program realiti TV – Projek Metro 2013 – dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam menampilkan empat finalis Fiza, Liza, Taufiq dan Iera merebut gelaran juara.

Fiza atau Nur Hafizah Md Saad, 25, yang berasal dari Johor Bahru adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bio-Sains Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) manakala Taufiq (Muhammad Taufiq Abd Rahman), 19, dari Kota Bharu, Kelantan memiliki kelulusan dalam jurusan undang-undang dari UiTM.

Sementara, Iera (Nurfakhira Che Abdul Muhsin), 24 dari Kuala Lumpur adalah pramugari syarikat penerbangan AirAsia dan Liza (Khairu Norliza Khairudin), 27, dari Kuantan, Pahang aktif terbabit dalam penerbitan produksi belakang tabir di sebuah stesen penyiaran.

Sejak bersiaran mulai 5 November lalu, lima peserta yang sudah tersingkir pula adalah Jied (Nur Jaziedah Zulkefli), 25, dari Temerloh, Pahang; Basyar (Muhd Basyar Mustapha, 26, Tampin, Negeri Sembilan), Fareez (Muhammad Fareez Bakar, 26, Butterworth, Pulau Pinang), Adrina (Nur Adrina Saidin, 19, Kuala Lumpur) dan Faizun (Faizun Ezliza Ali Azhar, 25, Kuala Lumpur).

Misi Projek Metro 2013 adalah mencari personaliti dalam bidang penyiaran dan kewartawanan yang berkarisma, berkredibiliti dan profesional anjuran Harian Metro, HotFM dan TV3. Seramai lebih 500 peserta hadir ke uji bakat pada 14 September lalu di Balai Berita NSTP, Bangsar namun hanya sembilan terbaik yang terpilih.

Juri tetap pula terdiri daripada Pengarang Hiburan, Roslen Fadzil dan aktres serta kolumnis terkenal Fasha Sandha manakala Fara Fauzana selaku hos tetap. Bagaimanapun, untuk final Ahad ini, ia akan dihoskan Fara bersama Faizal Ismail (FBI).

Untuk peringkat akhir, keempat-empat finalis akan diadili menerusi tugasan secara langsung di pentas pengacaraan selain mengambil kira tugasan awal yang dirakamkan di Johor Bahru hujung minggu lalu serta penulisan rencana sebagai seorang kolumnis.

Sementara itu, akan turut diserikan persembahan hebat Ratu Rock Ella, Alyah, Salammusik, Akim Ahmad dan Alif Satar serta penampilan khas Erra Fazira, Eja dan Nad Zainal.

Juara Projek Metro 2013 akan membawa pulang wang tunai RM20,000 serta kontrak berkhidmat bersama Media Prima selama setahun.

Projek Metro 2013

Projek Metro 2013

 

 

Projek Metro 2013

Projek Metro 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Nooraida & Suami Cerai Talak Satu?