in ,

Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Selepas 42 tahun melibatkan diri dalam industri muzik tanah air, penyanyi Salamiah Hassan buat pertama kalinya akan muncul dengan Konsert Gelombang Salamiah Hassan. Konsert tersebut akan berlangsung bermula 10 Januari sehingga 12 Januari 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, dekat sini.

Salamiah berkata, walaupun sudah biasa menyanyi di depan khalayak, namun dia sedikit sebanyak berasa gentar untuk mengadakan konsert tersebut.

“Sudah lama saya pendamkan hasrat untuk mengadakan konsert sendiri dan akhirnya ia tercapai. Terima kasih buat sahabat saya Raja Azmi kerana memujuk saya untuk bersetuju dengan konsert ini. Saya tahu peminat-peminat mengharapkan sesuatu daripada saya dan akhirnya, saya muncul juga dengan sebuah konsert. Walaupun sudah lama di bidang ini, jauh di sudut hati saya berasa gentar.”

Tambah Salamiah, elemen klasik akan menjadi tema pada konsert tersebut di mana anaknya, penyanyi Atilia turut akan ditampilkan sebagai artis undangan. Konsert tersebut juga menampilkan Raja Azmi sebagai penerbit, Pat Ibrahim selaku pengarah, Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik manakala Raja Malek dalam penataan seni.

Tiket bagi menyaksikan konsert boleh ditempah menerusi laman www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03- 4147-8600 atau 019-211-1600.

Poster Konsert Gelombang Salamiah Hassan

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

RED is BACK at Kenny Rogers ROASTERS

Siapa Pemenang Projek Metro 2013?