in ,

Siapa Pemenang SEIRAS SEIRAMA?

SEIRAS SEIRAMA, sebuah program pencarian bakat nyanyian yang mencari peserta dengan suara persis ikon-ikon terkenal tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah, Ella, Ziana Zain, Misha Omar, Mas Idayu, Faizal Tahir dan Hafiz Suip telahpun tiba di kemuncaknya. Episod demi episod menyaksikan setiap ikon menobatkan peserta pilihan masing-masing sebagai juara episod yang akan mewakili mereka ke pentas akhir Seiras Seirama.

Tujuh barisan finalis tersebut terdiri daripada Azri Zainuddin (wakil Ikon Datuk Jamal Abdillah), Akira (wakil Ikon Hafiz Suip), Zila (wakil Ikon Ella), Norya (wakil Ikon Mas Idayu), Tyka (wakil Ikon Misha Omar), Azri (wakil Ikon Faizal Tahir) dan Azlina (wakil Ikon Ziana Zain).

Di malam kemuncak ini, kita akan dapat melihat setiap peserta mempersembahkan lagu ikon yang mereka wakili dan juga persembahan duet bersama penyanyi terkenal tanah air. Jika sebelum ini mereka diadili oleh ikon, kali ini nasib mereka terletak di tangan barisan juri profesional yang akan mengkritik serta memberi markah kepada mereka. Selain itu, ketujuh-tujuh ikon akan turut menghiburkan penonton dengan dendangan lagu-lagu popular. Siapakah pasangan duet setiap peserta?

Siapa pula yang akan menggondol wang tunai RM20,000 selaku juara Seiras Seirama? Sama-sama kita saksikan kelak.

Temui kesemua ikon serta barisan finalis di pentas akhir Seiras Seirama!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Mentor Milenia Minggu Pertama

Winner Crowned at Raaga Futsal Tournament